Lebih daripada 180 kebakaran telah meletus pada minggu lalu melintasi Texas, AS, dengan satu kebakaran memusnahkan hampir 600 buah rumah di daerah Bastrop.
Salah satu wabak kebakaran yang paling dahsyat dalam sejarah Texas ini telah meninggalkan lebih daripada 1,000 buah rumah musnah dan memerlukan khidmat keseluruhan anggota bomba negeri.
Bersemarak lagi dengan angin Tropical Storm Lee pada hujung minggu, api membakar lebih daripada 45 batu persegi, memaksa pemindahan beribu-ribu orang dan membunuh sekurang-kurangnya dua, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sekurang-kurangnya empat orang.
Foto oleh: L.M. Otero, AP
Foto oleh: Larry W. Smith/EPA
Foto oleh: Larry W. Smith/EPA
Foto oleh: Larry W. Smith/EPA
Foto oleh: Jay Janner/AP
Foto oleh: Eric Gay/AP
Foto oleh: Sarah A. Miller/AP
Foto oleh: Larry W. Smith/EPA
Foto oleh: Larry W. Smith/EPA
Foto oleh: Larry W. Smith/EPA
Foto oleh: Jay Janner/AP
Foto oleh: Eric Gay/AP
Foto oleh: Sarah A. Miller/AP
Kira-kira 1,200 anggota bomba berjuang melawan api, termasuk ahli-ahli jabatan tempatan dari seluruh negeri ini dan kru dari luar negara, ramai di antara mereka yang tiba selepas Texas memanggil bantuan. Lebih ramai anggota bomba akan menyertai perjuangan apabila mereka telah didaftarkan dan dihantar di mana mereka diperlukan.
Lima pesawat tanker berat, sebahagian milik kerajaan persekutuan, dan tiga pesawat yang mampu mencedok 6.825 liter (1,500 gelen) air pada bila-bila masa dari tasik juga mengambil bahagian di dalam perjuangan itu.
Foto oleh: Tom Pennington, Getty Images
Foto oleh: Tom Pennington, Getty Images
Foto oleh: Ron T. Ennis/Fort Worth Star-Telegram/MCT
[The Guardian , Motley News]
Video di bawah ini dirakam pada 5 September 2011 di pinggir utara Taman Negara Bastrop. Lihatlah betapa lajunya api merebak apabila datang bersama angin kencang. Kerana itulah agaknya mangsa yang disambar kebakaran sebegini tidak sempat melarikan diri, sama ada mereka akan cedera teruk atau terus hangus dibakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)