Sekurang-kurangnya 7 maut di North Carolina, Florida dan Virginia setakat ini termasuk seorang kanak-kanak, dipukul Taufan Irene (Hurricane Irene) yang menyerang bahagian Pantai Timur Amerika Syarikat dengan angin 115 batu/j pada pagi 27 Ogos waktu di sana.
370,000 penduduk New York diarahkan meninggalkan kawasan yang dijangka akan dilanda untuk mencari tempat selamat.
Sistem keretapi bawah tanah terbesar di negara itu dan penerbangan yang tiba di lima kawasan lapangan terbang utama New York City telah dihentikan pada tengah hari pada hari Sabtu dimana Taufan Irene berputar ke pesisir Timur, mengancam 20 peratus daripada penduduk Amerika Syarikat.
Rumah tempat budak mati dihempap pokok, di Virginia
Hampir 400,000 buah rumah di North Carolina mengalami bekalan elektrik terputus, menurut Power Energy.
Seorang peluncur air (surfer) mati ketika meluncur di Pantai New Smyrna, Florida, pada petang Sabtu. Bukan dia seorang yang meluncur, ramai lagi peluncur air yang mengambil kesempatan dengan ombak besar di beberapa buah pantai di Florida, North Carolina dan New York. Orang lain lari untuk menyelamatkan diri, tapi peluncur-peluncur air ini jadikan taufan ini satu keseronokan, berat nanang!
Peluncur air di Cocoa Beach, Florida
Peluncur air di Oak Island, North Carolina
Beg-beg pasir digunakan bagi menghadapi kemungkinan banjir
Berlindung di Indian River High School
Taufan Irene dilihat dari stesen angkasalepas
Obama dan keluarga terpaksa pulang dari bercuti
Banjir di Canovanas, Puerto Rico, Mexico akibat Taufan Irene hari Selasa lalu. Foto: National Geographic
Taufan Irene di Bahamas pada 25 Ogos. Foto: allvoices.com
Banjir di Canovanas, Puerto Rico, Mexico akibat Taufan Irene hari Selasa lalu. Foto: National Geographic
Taufan Irene di Bahamas pada 25 Ogos. Foto: allvoices.com
Taufan Irene ini belum berhenti lagi dan sedang mencari mangsa lain pula.
Bot kena tiup angin taufan di North Carolina
8 orang disapu ombak di tepi pantai, kerana mereka mahu lihat Taufan Hurricane datang dan tidak lari. Seorang cedera parah dan dimasukkan ke hospital.
Cat Island, di tenggara Bahamas
Di Nassau, Bahamas
Memusnahkan banyak rumah dan kawasan di Bahamas
Persiapan di Virginia
Taufan Irene dilihat dari Stesen Angkasalepas Antarabangsa (International Space Station) pada 25 Ogos
[Daily Mail , National Geographic]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)