Berita Terkini

Sirah nabi: Selepas hijrah ke Habsyah hingga hijrah ke Madinah

Foto kredit: panoramio
Fasa ini lebih istimewa berbanding fasa-fasa yang lain ekoran berlaku beberapa peristiwa yang terkenal:

1. Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w. telah meninggal dunia pada tahun ke-10 kerasulan. Abu Talib semasa hayatnya, kuat mempertahankan anak saudaranya, iaitu Rasulullah s.a.w. Kaum Quraisy tidak berjaya menyakiti diri Nabi s.a.w. sepanjang hayat Abu Talib kerana mereka hormat dan gerun kepadanya. Apabila beliau meninggal dunia, Quraisy mula berani bertindak kasar terhadap Nabi s.a.w.. Lantaran itu, kematian beliau menimbulkan rasa sugul yang mendalam kepada Nabi s.a.w.. Nabi bersungguh-sungguh mendesak Abu Talib untuk mengucap kalimah syahadah ketika beliau terbaring nazak pada saat-saat akhir kematiannya. Namun Abu Talib enggan kerana bimbang beliau akan mendapat malu daripada kaumnya.

2. Khadijah r.ha. juga meninggal dunia pada tahun yang sama. Sebelum itu, Khadijah berperanan meringankan kerungsingan dan kesedihan Rasul s.a.w. lantaran permusuhan Quraisy yang dihadapi Baginda. Apabila beliau meninggal dunia, Baginda merasa terlalu dukacita. Tahun kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isterinya, Khadijah dinamakan sebagai "Tahun Dukacita".

3. Apabila tipu daya dan perbuatan menyakiti Rasul s.a.w. yang dilakukan oleh Quraisy semakin hebat, iaitu selepas kematian bapa saudara dan isteri Baginda, Baginda menuju ke Taif. Baginda ke sana dengan harapan akan mendapat sambutan yang baik dan sokongan kepada dakwahnya di kalangan Bani Thaqif. Namun mereka menolak dakwah Baginda secara kasar. Mereka menghasut kanak-kanak untuk menyakiti Baginda. Kanak-kanak tersebut telah melontar batu ke arah Baginda sehingga darah mengalir daripada kedua kaki Baginda yang suci. Baginda telah berlindung di sebuah kebun. Baginda memanjatkan doa kepada Allah dengan penuh khusyuk:

“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis3 atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.”

4. Rasulullah s.a.w. pulang dari Taif dalam keadaan dakwah-nya tidak mendapat sebarang sambutan daripada kaum Thaqif. Yang ada hanyalah keislaman Addas, hamba kepada Utbah dan Syaibah, anak-anak lelaki Rabiah. Addas merupakan seorang hamba beragamaNasrani. Kedua-dua tuannya meminta beliau menghidangkan setangkai anggur kepada Rasul s.a.w. semasa Baginda sedang berlindung dalam sebuah kebun. Mereka memerintah beliau berbuat demikian setelah melihat Rasulullah kepenatan dan layanan buruk
Thaqif kepada Baginda. Apabila Addas menghidangkan anggur itu kepada Raaul s.a.w., Baginda mula memakannya seraya berkata: Bismillah (Dengan nama Allah). Ucapan basmalah itu menarik perhatian Addas, kerana tiada sesiapa di kalangan kaum itu mengucapkan kalimah seperti itu. Beliau memeluk Islam setelah berdialog dengan Nabi s.a.w.

5. Berlaku mukjizat Isra' dan Mi'raj. Terdapat perselisihan berkenaan tarikh peristiwa ini berlaku. Secara pasti ia berlaku sebelum hijrah pada tahun ke-10 kenabian atau selepasnya. Pendapat sahih yang dipegang oleh jumhur ulama, Isra' dan Mi'raj berlaku pada suatu malam secara jaga melibatkan jasad dan roh Nabi s.a.w.. Baginda diisra'kan daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Kemudian Baginda dimi'rajkan ke langit yang tinggi. Seterusnya pulang kembali kerumah Baginda di Makkah pada malam itu juga. Baginda memberitahu Quraisy tentang mukjizat itu. Mereka mempersenda dan memperlekehkan Baginda. Namun Abu Bakar dan mereka yang kuat imannya telah membenarkan Baginda.

6. Pada malam Isra' dan Mi'raj tersebut, sembahyang lima waktu difardhukan ke atas setiap orang Islam yang baligh dan berakal.

7. Rasul s.a.w. menemui kabilah-kabilah Arab yang datang semasa musim haji (sebagaimana kebiasaan Baginda setiap tahun). Baginda mengajak mereka kepada Islam dan menyeru mereka meninggalkan penyembahan berhala. Ketika Baginda berada di Aqabah, salah satu tempat melontar jamrah, Baginda telah menemui satu rombongan kaum Aus dan Khazraj. Lantas Baginda mengajak mereka kepada Islam dan mereka menerimanya. Bilangan mereka ketika itu ialah tujuh orang. Setelah itu mereka pulang ke Madinah, lalu menceritakan kepada kaum mereka tentang pertemuan tersebut dan Islam yang mereka anuti.

8. Pada tahun berikutnya, tahun ke-12 kerasulan, ketika musim haji, 12 orang lelaki Ansar telah datang ke Makkah. Mereka berhimpun dan berbaiah dengan Nabi s.a.w.. Mereka pulung ke Madinah bersama utusan khas Nabi s.a.w., Musab bin Umair. Baginda mengutuskan beliau untuk membacakan al-Quran dan mengajarkan Islam kepada orang Islam di sana. Dengan itu Islam berkembang luas di Madinah.

9. Pada tahun seterusnya (tahun ke-13 kerasulan), sekumpulan Ansar telah datang pada musim haji. Mereka berhimpun dengan Nabi s.a.w. secara sembunyi. Bilangan mereka seramai 70 orang lelaki dan dua orang wanita. Mereka berbaiah untuk menolong dan menyokong Baginda, mempertahankan Baginda sebagaimana mereka mempertahankan wanita dan anak-anak mereka sendiri. Mereka pulang ke Madinah setelah Baginda memilih 12 orang ketua kalangan mereka sebagai wakil kepada kaum mereka.


[Dipetik dari buku Sirah Nabi Muhammad s.a.w , pengajaran dan pedoman - Dr. Mustafa as-Syibaie]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.