John Goldfinch, 61, sedang mengail ikan mackerel di tepi pantai Budleigh Salterton, Devon, England bersama rakan-rakannya Colin dan Alan Ashley, dimana tiba-tiba dia rasakan umpannya memaut sesuatu yang besar.
Keseronokan terbayang diwajahnya kerana disangkanya dia akan dapat ikan besar. Tetapi tidak lama lepas itu muncul seorang lelaki penyelam skuba dari dalam air.
Rupa-rupanya mata kail Goldfinch tersangkut pada kaki penyelam itu menyebabkannya terpaksa menimbulkan diri ke permukaan. Dan tak lama muncul pula teman wanitanya yang menyelam bersama-sama, untuk bantu buang mata kail itu.
Rakan-rakan Goldfinch ketawa dengan kejadian tersebut. Dia meminta maaf kepada penyelam dan penyelam itu pula mengatakan keadaan di bawah air sana sangat keruh, itu sebabnya dia tidak perasan ada mata kail.
"Saya tidak melihat penyelam itu kerana dia tidak mempunyai boya keselamatan, yang sepatutnya mereka letak apabila mereka bergerak di dalam air," kata Goldfinch.
[Telegraph]
Pasti ni menyelam sambil minum air. Tak hiraukan keselamatan. Bayangkan kalau mata kail tu terkena mata dia. Dah jadi Kasim Selamat. Selamat lah....
BalasPadamMungkin dia tak tau ada orang nak mengail di situ. Cuma silap dia, dia x letak Lifebuoy je ;)
BalasPadam