Gambar-gambar ini menunjukkan bagaimana sang katak berjuang habis-habisan selama 20 minit, sampai menjerit-jerit, sebelum akhirnya berjaya melepaskan diri dari sang ular. Kesian.
Katak, yang telah berjemur sendiri di taman belakang sebuah rumah di Jakarta, Indonesia, sempat berpaut pada dahan kecil pokok dengan sekuat hati selepas ular itu menerkam dari belakang.
Katak itu berjaya melepaskan diri dalam keadaan berdarah dan ular itu lari masuk semak kembali. Gambar-gambar foto ini berjaya dirakam oleh Brizadly Arifin di halaman belakang rumahnya, walaupun banyak yang lain kabur kerana aksi perjuangan itu sungguh bertenaga.
Encik Arifin berkata: 'Saya sedang duduk di belakang rumah saya apabila saya mendengar bunyi kesakitan dari katak. Ia seperti menjerit. Saya pergi untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut melihat ular yang sedang cuba makan katak."
[Dailymail.co.uk]
[Dailymail.co.uk]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)