Berita Terkini

Banyak haiwan lahir tanpa bapa, adakah mereka itu Tuhan?


Ikan jerung Hammerhead
Istilah Parthenogenesis berasal dari perkataan Greek παρθένος parthenos, “virgin”, + γένεσις genesis, “birth”. Maka maknanya dalam Bahasa Melayu ialah “kelahiran dara”. Ianya adalah suatu bentuk pembiakan aseksual ditemui pada si betina, di mana pertumbuhan dan perkembangan embrio berlaku tanpa persenyawaan oleh si jantan.

Parthenogenesis biasanya berlaku pada sesetengah spesis haiwan invertebrata seperti (Kutu air, kutu daun, nematoda, beberapa jenis lebah, beberapa jenis Phasmida, beberapa spesies kalajengking, dan Wasp parasit) dan juga beberapa spesis haiwan vertebrata seperti (sesetengah reptilia, ikan, dan jarang-jarang terdapat pada burung dan ikan jerung, terutamanya jerung jenis Hammerhead).

Sedangkan haiwan pun ada yang lahir tanpa bapa, maka mengapa perlu dikatakan kelahiran Yesus / Nabi Isa a.s tanpa bapa itu bahawa Yesus adalah Tuhan atau anak Tuhan? Mengapa tidak katakan sahaja haiwan-haiwan yang lahir tanpa bapa itu juga Tuhan? Bukti-bukti kelahiran tanpa bapa pada haiwan-haiwan ini juga membuktikan secara saintifik bahawa tidak mustahil ianya juga berlaku kepada manusia dan tidak semestinya yang lahir itu adalah ANAK TUHAN, kerana TUHAN tidak mempunyai ANAK.

Yang mempunyai ANAK hanyalah MANUSIA dan HAIWAN, sedangkan TUHAN adalah PENCIPTA segala sesuatu dan Dia Maha Berkuasa. Dan kelahiran tanpa BAPA bukan hanya dialami oleh Yesus, tetapi juga lebih lama dahulu oleh Namrud, Baal, Osiris dan beberapa lagi.


Beberapa kejadian haiwan betina melahirkan anak tanpa bersenyewa dengan si jantan

Pada Disember 2001, seekor ikan jerung betina jenis Hammerhead melahirkan anak tanpa bapa, di Henry Doorly Zoo aquarium, Nebraska. Ianya berada di dalam tangki yang mengandungi 3 ekor Hammerhead betina yang mana ikan tersebut telah dibawa masuk ke Zoo tersebut selama 3 tahun dari luar.

Bacaan selanjutnya dalam Bahasa Inggeris di sini , dan juga di sini

Pada tahun 2008, sebuah akuarium di Hungary mempunyai kes lain parthenogenesis selepas seekor ikan Yu betina melahirkan anak tanpa pernah berhubungan dengan ikan Yu jantan. Pada tahun yang sama, Yu Blacktip betina Atlantik di Virginia direproduksi melalui parthenogenesis.

Pada bulan April 2004, para saintis di Tokyo University of Agriculture telah menggunakan parthenogenesis berjaya menghasilkan seekor tikus tanpa bapa.

Dan pelbagai lagi kes haiwan melahirkan anak tanpa bapa …….


Rujukan:

1 – Msnbc
2 – Wikipedia

8 ulasan:

  1. Salam semua. Hi bro Tiwas. Maaf, tak perasan komen2 saudara. Lg pn saya tak letak ruangan komen terkini di sini, atas sebab penjimatan ruang :)

    Tajuk di atas sebenarnya kesinambungan dari komen2 di Hikmatun dulu. Kerana ada para kristianer yg bertegas mengaku Yesus itu TUHAN kerana disebabkan kelahirannya yang TIADA BAPA, dan juga ayat pertama Surat Yohanes , yg berbunyi "Pada mulanya adalah firman ...." itu

    Maka tulisan di atas salah satu BANTAHAN, kepada lahir tanpa bapa itu adalah ANAK TUHAN :)

    Ya bukti2 saintifik itu TIDAK MUSTAHIL berlaku pada manusia. Dan semua itu adalah KUASA ALLAH. Allah yang menciptanya semua, bukan orang lain.

    Maka AlQuran mengatakan Yesus dilahirkan TANPA BAPA. Mungkin secara saintifiknya begini. CUMA , POKOK PANGKALNYA, Yesus BUKAN TUHAN, tetapi hanya RASUL ALLAH yang mulia. Itu saja :)

    BalasPadam
  2. Hai,
    Oh, baiklah. Maka saya mahu memberikan penjelasan di sini, Yesus itu Tuhan bukan kerana Dia lahir tanpa bapa biologi. Hal itu tidak pernah diajarkan di dalam kepercayaan Kristian.

    BalasPadam
  3. Itu pendapat saudara, kerana JANGAN LUPA, Kristian ada TERLALU BANYAK mazhab, dan saya telah berdialog dengan pelbagai mazhab.

    Baik, dari peribadi saudara Tiwas pula, KENAPA saudara anggap Yesus @ Isa itu TUHAN? :)

    Dan sebelum itu, boleh saya tahu, apa MAZHAB saudara Tiwas? Terima kasih :)

    BalasPadam
  4. Hai,
    Untuk mengetahui pengajaran sebenar sesuatu kepercayaan itu, kita perlu melihat kepada asal permulaan kepercayaan tersebut. Dan ia dilakukan dengan melihat kepada kitab kepercayaan itu.

    Saya pasti anda setuju bahawa untuk mengetahui pengajaran sebenar kepercayaan anda adalah dengan merujuk kepada kitab kepercayaan anda berserta dengan hadis2 yang sahih.
    Hal ini juga sama dengan Kristian, untuk mengetahui pengajaran sebenar tentang Kristianiti adalah dengan merujuk Alkitab.

    Maka, melihat kepada mahzab adalah cara yang tidak tepat untuk mengetahui pengajaran sebenar Kristianiti.

    Tentang Yesus, saya percaya Yesus adalah Tuhan kerana saya menyelidiki bukti2 yang ada. Masih ada kesimpulan2 yang lain seperti 1)Yesus hanyalah manusia biasa, 2)Yesus hanyalah mitos, 3)Yesus adalah mahkluk asing, 4)Yesus adalah Iblis sendiri dan banyak lagi.
    Cuma, berdasarkan bukti2 yang ada, kesimpulan terbaik adalah untuk percaya Yesus adalah Tuhan.

    Namun, memandangkan anda bertanya 'mahzab' saya, secara ringkasnya, saya adalah protestant.

    BalasPadam
  5. Baiklah, saya SETUJU bahawa kita perlu merujuk KITAB. Tetapi apa BUKTI dari AlKitab bahawa Yesus itu TUHAN wahai Tiwas? :)

    BalasPadam
  6. Hai,
    Sebelum itu, saya perlu tahu apa kriteria anda dalam menilai sesuatu bukti itu.

    BalasPadam
  7. Hai,
    Nampaknya, komen ruangan ini sudah boleh digunakan. Mungkin kita boleh meneruskan perbincangan kita. bagaimana?

    BalasPadam
  8. xgune bual dgn tiwas tiwasok.langsung xjwb soalan.sbb?mmg xde jwpn yg benar mengapa yesus dianggap tuhan / anak tuhan kecuali kedegilan hati para kristian utk menyengutukan ALLAH. itu saje.tiada jwpn.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.