Berita Terkini

AlQuran dan Sains: Air merupakan unsur terpenting kehidupan


Pembentukan sel pada makhluk hidup, merupakan hasil dari interaksi yang dinamik dan rumit, antara berbagai jenis sel, setelah melalui berbagai proses. Agar interaksi ini dapat efektif, maka diperlukan unsur pokok yang boleh mensenyawakan berbagai sel, sehingga proses kehidupannya boleh terus berkembang. Unsur pokok yang dimaksudkan adalah air. Kerana, air mempunyai peranan teramat penting dalam kehidupan di dunia ini.

Air mengisi sekitar 90 peratus dari kandungan zat protoplasma yang merupakan zat pembentuk sel. Sebagaimana ia merupakan unsur penting dalam pembentukan sel-sel hidup yang terdapat dalam tubuh manusia. Ia merupakan medium yang boleh mengaktifkan enzim dan protein dan seterusnya.

Keberadaan air juga penting bagi proses pencernaan makanan yang masuk ke dalam tubuh manusia, dengan mengubahnya menjadi zat-zat yang lunak, sehingga sel-sel tubuh boleh meresap dan mengambil manfaatnya. Proses perubahan makanan dalam tubuh manusia, tahapannya terjadi sebagaimana berikut ini:

1. Zat karbohidrat berubah menjadi zat gula yang mudah dicerna dengan perantaraan enzim pelarut gula dan air. Sehingga terbentuk glukosa sebagai unsur penting bagi sel tubuh dalam menghasikan tenaga yang diperlukannya untuk tetap hidup.

2. Zat lemak dengan perantaan enzim pelarut lemak dan air yang tersedia, berubah menjadi zat yang lebih sederhana dan mudah dicerna yang disebut dengan ‘asam lemak’.

3. Zat protein berubah menjadi asam amenia yang mempunyai struktur lebih sederhana sehingga mudah untuk dicerna oleh tubuh. Dan dalam prosesnya, air memiliki peranan penting.

Selain untuk kegunaan yang dijelaskan di atas, air juga merupakan unsur pokok dalam perubahan berbagai macam zat, seperti perubahan karbohidrat menjadi protein atau sebaliknya. Sebagaimana air juga termasuk unsur penting dalam pembentukan hormon dan enzim dan berbagai zat yang dikeluarkan dari tubuh.

Dalam tumbuh-tumbuhan, air merupakan unsur penting dalam proses asimilasi klorofil (butir hijau daun) yang merupakan proses penting bagi kelangsungan kehidupan tumbuh-tumbuhan. Dengan menggunakan akarnya, tumbuh-tumbuhan menyerap air yang ada di dalam tanah, untuk disebarkan kepada semua batangnya sehingga menghidupkan semua sel yang ada. 

Disamping itu, air juga dibawa ke daun yang merupakan pusat penyediaan makanan bagi tumbuh-tumbuhan di mana dalam daun tumbuh-tumbuhan terdapat klorofil. Dengan bantuan sinar matahari yang diserap oleh daun dan karbon dioksida yang diserap oleh pori-porinya dari udara, maka proses asimilasi klorofil berlangsung sempurna dalam memberikan tenaga yang diperlukan tumbuh-tumbuhan agar boleh hidup.

Selanjutnya, fungsi air tidak hanya berlaku dalam membantu proses pertumbuhan dan perubahan berbagai zat saja. Dalam tubuh manusia, air juga merupakan unsur penting dalam menjaga keseimbangan suhu sel-sel tubuh. Air yang dikeluarkan oleh tubuh berfungsi untuk menurun dan menyeimbangkan panasnya. Sebaliknya, jika tubuh kekurangan cairan, maka hal itu pun akan mengakibatkan gangguan pada proses pertumbuhan tubuh, di mana tubuh mengalami disfungsi pada sebahagian sel dan organnya.

Pengetahuan tentang peranan penting yang dimiliki air, diperolehi para ilmuwan setelah melalui proses penelitian dan pengamatan yang dilakukan berulang kali dengan menggunakan bantuan teknologi tinggi. Namun jika kita melihat ke dalam Alquran, maka kita akan mendapati bahawa Alquran telah memberikan petunjuknya semenjak 14 abad yang lalu. Allah S.w.t berfirman: "Dan dari air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup." (QS Al-Anbiya': 30)

Ungkapan Alquran dengan menggunakan kata ‘min’ yang memiliki pengertian ‘sebahagian’ (juz'iyyah), merupakan pilihan kata yang tepat, untuk menunjukkan bahawa air merupakan salah satu unsur terpenting bagi kelangsungan seluruh makhluk hidup.

Oleh: DR Abdul Basith Jamal & DR Daliya Shadiq Jamal

[Ensiklopedia Petunjuk Sains dalam Alquran dan Sunnah , republika.co.id]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.