Berita Terkini

7 makanan hitam yang berkhasiat


1. Beras hitam

Beras merah tidak dinafikan lagi baik untuk kesihatan. Namun beras hitam sebenarnya jauh lebih baik lagi kerana beras hitam ini mengandung vitamin E dalam jumlah yang tinggi. 

Rutin mengambil beras hitam akan meningkatkan sistem imunisasi (kekebalan) tubuh dan melindungi sel dari bahaya radikal bebas. Beras hitam juga mengandungi antioksidan antosianin lebih tinggi dibanding blueberries.


2. Lentil hitam

Kelompok kekacang ini kaya dengan zat besi. Satu cangkir black lentil (Lens culinaris) mengandungi 8 mg zat besi, hampir separuh dari pengambilan harian yang dianjurkan, 18 mg per hari untuk perempuan. 

Lentil juga kaya dengan serat larut yang boleh menurunkan kolesterol dan meningkatkan fungsi imunisasi tubuh.

Kacang lentil sangat kaya protein dan serat, dan juga mampu melindungi kita dari serangan kanser payudara. Para peneliti Amerika berhasil membuktikan bahawa bahan makanan yang rendah daging dan karbohidrat, tapi kaya kekacang mampu menurunkan risiko kanser payudara.


3. Blackberries (Beri hitam)

Polifenol yang ditemui dalam buah beri hitam ini diketahui mampu mencegah penurunan fungsi kognitif yang terjadi kerana penuaan. Polifenol akan bekerja membersihkan sel-sel yang mengganggu fungsi otak. Buah ini juga kaya dengan serat.

Penelitian baru menunjukkan bahawa blackberry (juga dikenali sebagai raspberry hitam) mengurangi risiko diserang kanser. Pengkaji di Ohio State University menemui blackberry dapat melindungi seseorang dari serangan kanser kerongkong.


4. Kacang hitam

Manfaat kacang hitam bagi kesihatan berasal dari berbagai sebatian yang terkandung di dalamnya. Kacang hitam memiliki kandungan zat antioksidan yang tidak kalah dengan buah-buahan. Kandungan antioksidan inilah yang membuat kacang hitam mampu mengurangi risiko penyakit jantung.

Kulit berwarna hitam yang menyelimuti kacang ini sarat dengan bioflavonoid, nutrisi dari tanaman yang mampu melawan kanser, stroke dan diabetes.


5. Kacang soya hitam

Kajian yang dilakukan oleh saintis dari Korea menemui pengambilan kacang soya hitam (Glycine soja) secara teratur akan mencegah risiko trombosis, pembekuan darah yang boleh mengakibatkan kematian. Kacang soya hitam juga mengandungi asam alpha linoleat, jenis asam omega-3 yang mengurangi risiko penyakit jantung.

Kacang soya hitam mempunyai kandungan protein yang bervariasi antara 37-41 %, serta kandungan lemak 11-21 %. Kandungan asam mino glutamate pada kacang soya hitam sedikit lebih tinggi dari pada kacang soya kuning, kerana itu rasa kacang soya hitam lebih gurih di bandingkan kacang soya kuning.

Berdasarkan penelitian yang disampaikan oleh para ahli , kacang soya hitam (Black Soya) memiliki banyak manfaat antara lain untuk menurunkan berat badan, mengurangi kadar kolesterol LDL, melindungi dari diabetes type 2 bahkan sangat berguna untuk wanita.



6. Teh hitam

Teh hijau dan teh putih lebih terkenal dalam hal kesihatan. Padahal, teh hitam juga tidak kurang bagusnya. Teh ini mengandung teaflavins, antioksidan yang bermanfaat mempercepatkan penyembuhan kesakitan pada otot setelah berolahraga. Minum teh hitam juga menurunkan risiko terkena serangan jantung.

India, Sri Langka, Bangladesh dan Indonesia merupakan penghasil teh hitam terbesar di dunia. Hampir 80% dari keluaran teh hitam seluruh dunia berasal dari rantau ini. Di China, teh hitam lebih dikenali dengan nama teh merah.


7. Jintan hitam (Habbatus sauda')

Habbatus sauda' (Nigella sativa Linn) atau Jintan hitam adalah rempah-rempah yang dapat digunakan sebagai tanaman ubat. Rempah ini berbentuk butiran biji berwarna hitam yang telah dikenali ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan, dan Timur Tengah untuk mengubati berbagai macam penyakit. Jenis tanaman ini telah disebut-sebut sebagai tanaman ubat dalam perkembangan awal agama Islam.

Dari Abu Salamah r.a, dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat segala penyakit kecuali As-Sam (maut)." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


[health.com , kompas.com , Wikipedia]

2 ulasan:

  1. Bukan saja hitam itu menawan, malah hitam itu berkhasiat. Hmmmm..

    Black lentil tu memang sedap. Taruk sedikit dalam beras dikasi perasa sikit dan tanak cam nasi biasa.. sedap rasanya. Lemak berkrim. Hehehe..

    Whoaahhh.. Kaya lah saya dengan ilmu ni Pak Unik oiiiiii.. Terima kasih daun keladi. Kalau ada share lah lagi...

    BalasPadam
  2. Whoaa, awak tau pasal Black Lentils eh, saya x pernah tengok lagi depan mata, dan baru ni saya tahu sebenarnya huhu

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.