Berita Terkini

10 ketumbuhan aneh yang pernah berlaku pada manusia


Puting payu dara tumbuh di tapak kaki wanita


Puting payu dara tumbuh di tapak kaki wanita
Jangan terkezut, wanita berumur 22 tahun dari Brazil ini bukan saja ada puting payu dara di dada, tetapi juga di tapak kakinya. Ini adalah hari ini sejarah dalam bidang perubatan.

Satu dalam 50 orang wanita dan satu dalam 100 orang lelaki mempunyai puting tambahan, tetapi Jurnal Dermatologi yang berpusat di California mendakwa ia adalah kali pertama telah dijumpai pada tapak kaki seseorang.

Dalam industri hiburan, pelakon Mark Wahlberg mempunyai puting yang ketiga, seperti juga pemuzik Lily Allen, yang telah menangis kerana secara tidak sengaja tertunjuk puting beliau di atas pentas.

Wanita itu memberitahu doktor bahawa dia mempunyai ketumbuhan luar biasa - yang hampir dua inci - seumur hidupnya, dan ia tidak pernah menyebabkan sebarang kesakitan.

Puting tambahan biasanya dijumpai di sepanjang garis susu, dari kemaluan hingga ke ketiak, tetapi mereka telah ditemui di belakang, peha ataupun muka, tetapi tidak pernah di kaki.



Lelaki dengan tumor besar pada kaki seberat 80kg


Nguyen Duy Hai, 31, membuat rayuan bagi mengumpul dana untuk merawat ketumbuhan yang ada padanya yang mempunyai berat 80kg dan selebar 1 meter.

Lelaki Vietnam itu mempunyai ketumbuhan @ tumor yang mungkin adalah yang terberat dan terbesar pernah terjadi.

Lelaki dengan tumor besar pada kaki seberat 80kg

Begitu tabahnya, dia masih mampu lagi untuk tersenyum, walaupun dugaan yang diterimanya itu amat berat. Tumor itu membesar di kaki kanannya sejak dia lahir lagi.

Baca selanjutnya .......


Lelaki dengan lidah yang sangat besar


Wang Youping, 34, dari Baoji, China sudah selama 21 tahun tidak mampu untuk menutup mulutnya kerana lidahnya memiliki panjang tidak kurang dari 25 cm.

Ketika lahir, bibirnya sudah bengkak dan gelap. Pada usianya 6 tahun, lidahnya mula membengkak dan wajahnya pula ketika dia berusia 13 tahun, dia tidak boleh menutup mulut.

Walaupun cacat, Wang membesar menjadi seorang penulis berjaya. Dia telah menerbitkan 400 cerita dan puisi di akhbar dan majalah.

Baca selanjutnya .......


Budak lelaki bersisik ikan


Anak berusia 14 bulan, Song Sheng yang berasal dari Jinhu, China timur lahir tanpa memiliki liang roma di kulitnya. Tidak hanya itu, beberapa minggu setelah dilahirkan, budak lelaki itu mulai ditumbuhi sisik di sekujur tubuhnya sehingga dijuluki manusia ikan.

Doktor meyakini budak ini mengalami kelainan genetik yang jarang berlaku. Kondisi itu membuatnya tidak mampu menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran, sehingga setiap waktu harus dimandikan dengan air batu agar tidak kepanasan.



Lelaki dengan kulit tangan dan kaki macam kulit buah oren


man with hands and feet like orange peel
Doktor di China sedang cuba untuk mengubati seorang lelaki berusia 51 tahun yang terlalu bengkak tangan dan kaki dan mempunyai tekstur seperti kulit buah oren.

Gejala yang dialami oleh Yang Bing adalah contoh ekstrim namun klasik gejala pretibial myxedema, komplikasi penyakit 'Graves' yang jarang berlaku, kata doktor.

Dia didiagnosis dengan penyakit Graves enam tahun yang lalu dan memakai ubat-ubatan tanpa batas.

Baca selanjutnya .......


Pohon cemara tumbuh dalam paru-paru


Pohon cemara dengan tinggi 5 cm telah ditemui di dalam paru-paru seorang lelaki yang mengeluh rasa sakit yang teramat di dada dan batuk berdarah.

Pesakit yang berusia 28 tahun, Artyom Sidorkin, datang ke hospital di bandar Izhevsk di Russia. Doktor meng X-ray dadanya dan menemui tumor di salah satu paru-paru pesakit tersebut.

Menurut doktor batuk darah itu bukan disebabkan oleh penyakit apa pun tetapi itu adalah akar sebesar jarum yang menempel dan sangat menyakitkan. Tapi Artyom Sidorkin tidak pernah merasa seperti memiliki benda asing di dalam tubuhnya.

Doktor mengatakan,"Jelas 5 cm cabang terlalu besar untuk ditelan." Mereka mengatakan bahawa pesakit mungkin telah menghirup serbuk pohon cemara kecil, yang kemudian mulai tumbuh di dalam tubuhnya.



Kacang pis tumbuh dalam paru-paru

Mulanya, lelaki bernama Ron Sveden ini hanya mengalami batuk biasa. Namun penyakitnya tidak kunjung sembuh meskipun telah diubati dan berlangsung sehingga 6 bulan berikutnya.

Ketika keadaannya semakin memburuk, lelaki yang berasal dari Massachussets AS ini mengalami sesak nafas dan dihantar ke hospital. Hasil pengimbasan (X-Ray) menunjukkan paru-parunya mengalami pembengkakan.

Namun hasil ujian menunjukkan tidak ada kanser, sementara doktor justeru mengatakan bahawa benjolan itu adalah kecambahan berukuran 1.5 inci.

Kecambahan itu mungkin berasal dari biji kacang pis yang masuk ke saluran pernafasan ketika Sveden tersedak. Biji kacang pis itu lalu mencapai paru-paru dan mula tumbuh di tempat itu.


Lelaki pokok dari Pulau Jawa

Dede Koswara segera pulang ke rumah. Lututnya terluka apabila dia terjatuh di sebuah tapak pembinaan berhampiran rumahnya di Tanjung Jaya di barat Pulau Jawa, Indonesia. Ketika itu dia berusia 15 tahun. Luka itu tidaklah begitu besar, tetapi bermula dengan luka itulah, dia menanggung penyakit yang sangat jarang ditemui di dunia. Tubuh Dede ditumbuhi ketuat-ketuat yang kelihatan seperti akar-akar ataupun dahan pokok.

Ketuat kecil mula tubuh dari dalam luka itu. Dede pada mulanya sedikit pun tidak risau. Dia percaya ketuat atau kutil itu akan gugur atau paling tidak pun dapat dihilangkan dengan menggunakan getah pokok betik.  Tetapi sangkaan Dede benar-benar meleset. Ketuatnya membesar, melarat dan mewabak ke bahagian-bahagian lain di tubuhnya.

Sebaik sahaja ketuat di lututnya dibuang melalui pembedahan, bahagian-bahagian lain mula ditumbuhi dengan ketuat itu dengan kadar yang lebih cepat. Kakinya mula ditumbuhi ketuat-ketuat yang keras dikuti bahagian tangan, dada dan juga kepala. Wajah dan dadanya penuh dengan tompok-tompok kutil.

Tentu saja bukan akar betul yang tumbuh di tubuhnya, melainkan ketuat yang disebabkan oleh Human Papilloma Viruses (HPV).


Lelaki terumbu karang


Seorang lelaki yang digelar manusia terumbu karang akibat ketumbuhan yang muncul di seluruh tubuhnya, telah sembuh. Lin Tianzhuan tidak boleh menggerakkan tangan dan kakinya berkata keadaan 'mengerikan' itu membuatnya merasa seperti dia berubah menjadi batu.

Orang-orang akan berteriak ketakutan bila melihatnya, tambah Lin, 38 tahun, berasal dari Shuimen di selatan China. Lin mengasingkan diri, bersembunyi di rumah keluarga selepas dia dijauhi oleh teman-teman dan jiran tetangga.

Dia mula melihat ketumbuhan yang keras pada tangan dan kaki semasa berusia 13 tahun.  Dia berkata: "Mereka tumbuh dan tumbuh memenuhi lengan dan kaki, punggung dan bahkan kepala. Seolah-olah saya akan bertukar menjadi batu dan itu mengerikan."

"Secara berperingkat ketumbuhan menjadi lebih tebal dan lebih tebal dan saya tak boleh lagi membengkok lengan atau kaki saya. Ini sangat menakutkan."

Kini, setelah setahun mendapat perubatan serta pembedahan oleh doktor dari sebuah klinik kulit khusus, dia hanya mempunyai beberapa kesan parut pada kulit.  [The Sun]



Gadis mengalami ketumbuhan seperti batu


Turtle girl baffles medics picture
Sungguh sedih tetapi pelik, seorang gadis yang digelar manusia penyu telah membingungkan para doktor dengan ketumbuhan-ketumbuhan aneh dan pelik pada badannya.

Tumor itu yang terjadi dari bengkak secara pukal pembuluh darah atau kelenjar limpa - membuatkan Tian Yunting yang berusia 23 tahun ini tampil dengan kulit bersisik yang keras.

Namun pada kenyataannya, keadaan perubatan yang jarang berlaku ini bererti bahawa sekecil apa pun mengetuk atau menyentak boleh meletupkan pembuluh darah yang bengkak itu dan dia akan berdarah terus sehingga yang mungkin boleh membawa maut.

Tian juga telah terpaksa berhenti kuliahnya kerana perjalanan bas di atas jalan beralun yang belum dirapikan boleh membunuhnya.


Baca selanjutnya .......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.