Taman Negara Yosemite yang terletak di California, AS, adalah antara beberapa tempat di dalam dunia ini yang boleh dilihat PELANGI di waktu malam. Pelangi yang digelar sebagai 'moonbow' itu akan berlaku apabila bulan penuh di musim bunga.
Fenomena ini boleh dilihat di beberapa tempat seperti Cumberland Falls di Amerika Syarikat, Waimea di Hawaii dan Victoria Falls antara Zambia dan Zimbabwe.
Biasanya mata kasar tidak akan dapat melihat warna-warnanya dengan jelas, tetapi setelah dilakukan teknik fotografi iaitu 'Long exposure' (pendedahan lama) maka warna-warna pelangi akan keluar dengan jelas.
"Moonbows kini telah menjadi subjek yang sangat popular untuk jurugambar dan pada bulan penuh dalam bulan Mei atau Jun di Yosemite, anda secara literal boleh mencari beratus-ratus jurugambar naik ke bahagian rendah di Yosemite untuk mengambil gambar pelangi lunar ini," Steve Bumgardner, pembuat filem yang mengambil gambar-gambar ini berkata.
SubhanAllah .......
SubhanAllah .......
[news.com.au]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)