Saksikan Roller-coaster Takabisha yang tercuram di dunia, dengan kejatuhan 141 kaki.
Fuji-Q Highland Amusement Park telah memecah rekod dunia Guinness yang ke 14 kali dengan - Takabisha roller-coaster.
Terletak di kaki Gunung Fuji, trek baru itu menonjolkan kejatuhan menegak 141 kaki pada 121 darjah, membuatkannya satu jatuhan roller-coaster yang paling curam di dunia.
Menelan belanja kira-kira tiga bilion yen (RM110.8 juta) untuk dibina, Takabisha merampas gelaran dari Mumbo Jumbo di Yorkshire, yang mempunyai penurunan 98 kaki pada 112 darjah.
Takabisha, yang bermaksud 'kereta terbang tinggi' berjalan pada trek lebih 0.6 batu dan menawarkan pemandangan panorama Gunung Fuji untuk pengunjung taman alami selama 112 saat menaikinya.
Ia akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada 16 Julai nanti.
[telegraph.co.uk]
Adoiii.. Tengok kat sini jer cam nak putus urat perut rasanya. Kalau naik yang betul2 mau pengsan rasanya. Tak berani lah saya.
BalasPadamBahaya agaknya roller coaster camni. Bagi yang lemah semangat dan punya masaalah jantung, lebih baik jangan berani2 naik roller coaster ni. :(