Berita Terkini

Penduduk di Rohul heboh dengan Hantu Merah

Hantu Merah di Rohul
Sekujur tubuh makhluk dari dunia lain, seperti hantu berwarna merah terakam dalam kamera penduduk Bonaidarussalam, Rohul, Riau, Indonesia. Masing-masing heboh dan ada juga yang ketakutan.

Baru-baru ini, warga Kecamatan Bonaidarussalam, Kabupaten Rokan Hulu, digegarkan dengan penampakan makhluk halus berwarna merah yang berjaya ditangkap seorang penduduk tempatan melalui kamera handphone.

Mail, warga Desa Sontang, memberitahu, dari maklumat masyarakat luas, foto penampakan makhluk halus berwajah seperti budak kecil dan berwarna merah itu, diabadikan oleh Laho, warga asal pulau Nias Sumatera Utara (Sumut), yang menetap di sekitar PT.PIS Bahagian III, Desa Sontang , Bonaidarussalam, seminggu lalu.

Cerita yang berkembang dalam masyarakat, makhluk halus tersebut memiliki tinggi sekitar 3 meter, atau setinggi pokok kelapa sawit berusia 6 tahun. Sekadar main-main, tanpa sengaja Laho berjaya menangkap bayangan wajah mengerikan yang dipercayai masyarakat foto asli, di kebun kelapa sawit milik syarikat.

Sejak berjaya diabadikan, gambar itu terus tersebar ke telefon mobil masyarakat lain, menerusi media bluetooth. Dikatakan masyarakat, sejak menangkap penampakan makhluk halus itu, Laho kerap didatangi dan melihat tubuh mengerikan tersebut, sehingga dia memutuskan pulang ke kampung halaman Nias Sumut, beberapa hari lalu.

"Boleh percaya atau tidak, sebab masyarakat di sini sering melihat tubuh seperti anak kecil. Apalagi daerah sini kan dulunya hutan belantara, dan dikenali berhantu. Jadi wajar, jika makhluk seperti ini masih dipercayai masyarakat memang masih ada," terang Mail, kepada wartawan, Sabtu (23/7/11).

Penduduk di sana juga masih percaya cerita tahyul, di mana setiap tahun, ada saja masyarakat sekitar yang meninggal dunia dengan tidak wajar, seperti hanyut di Sungai Rokan, kemalangan, atau meninggal tanpa sebab.

[riauterkini.com - 23 Julai 2011]


Makhluk jin bilangannya jauh lebih ramai dari kita, dengan nisbah manusia dan jin lebih dari 1:9. Oleh itu, jangan saudara-saudara ingat spesis jin ini sudah PUPUS dari muka bumi ini kerana kononnya kita sudah berada di zaman moden  :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.