Berita Terkini

Hindari makanan berikut untuk menghilangkan bau badan

Foto kredit: cartoonstock.com
Adakah anda mengalami masalah bau badan dan juga bau mulut? Memang tidak selesa dan kadang-kadang terasa malu untuk berdepan dengan umum jika ada bau badan kan?

Minyak wangi atau deodoran mungkin cukup berkesan menutup bau yang tidak enak dari badan, tetapi sebahagian pakar berpendapat penggunaan deodoran terlalu kerap boleh memberi kesan buruk.

Berikut ini adalah makanan yang harus anda kurangkan untuk mencegah bau badan dan bau mulut;

1. Rempah-rempah

Rempah-rempah dengan aroma kuat ketika dicerna umumnya akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah dan dihapuskan melalui paru-paru dan liang-liang kulit. Ini menyebabkan bau mulut dan bau badan. Contoh makanan tersebut adalah bawang putih, bawang merah, dan kari.

2. Daging Merah

Perlu masa yang lama untuk mencerna daging merah. Ketika makanan tidak tercerna, racun dan gas berbau busuk dilepaskan yang merupakan penyebab bau peluh. Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Chemical menyimpulkan, wanita menilai lelaki yang tidak mengambil daging lebih menyenangkan, lebih menarik, dan sedikit mengalami bau badan daripada lelaki yang makan daging.

3. Alkohol & Kafein

Walaupun mengambil alkohol dan kafein (kopi, teh, coklat, soda, dll) telah menjadi kebiasaan, dengan menyekat minuman tersebut, badan anda akan terasa lebih segar dan tidak menimbulkan bau.

4. Makanan ringan @ Junk Food

Pengambilan makanan ringan yang terlalu banyak garam / gula, tepung, minyak terhidrogenasi, dan sebagainya, akan membusuk di dalam perut, sehingga menghasilkan bau nafas yang tidak diingini dan bau badan.

5. Karbohidrat Rendah

Kurang karbohidrat menyebabkan pengambilan makanan kaya protein berlebihan. Ini dapat membantu membakar timbunan lemak dalam tubuh. Namun, proses ini melepaskan ketone ke dalam aliran darah anda yang membuat anda mencium bau peluh yang buruk.

6. Produk Susu

Produk susu juga kaya protein, yang ketika dipecah dalam perut anda, menimbulkan hidrogen sulfida dan metil merkaptan pencetus bau busuk.

7. Kolina

Makanan yang kaya kolina boleh membuat keringat anda seperti bau ikan. Beberapa orang, yang tidak boleh mencerna makanan ini mudah 'berbau hamis'. Contoh makanan tersebut adalah telur, hati, ikan, dan kekacang.

8. Makanan goreng

Lemak dan minyak yang ada dalam makanan yang digoreng dan berlemak menjadi tengit dengan berjalannya waktu, dan boleh mengarah pada pencernaan yang buruk. Hal ini juga menyebabkan bau badan yang buruk.

9. Tembakau

Asap rokok yang bercampur dengan unsur-unsur lain dan keluar melalui kelenjar peluh akan menimbulkan bau tak sedap yang khas. Bahkan setelah berhenti merokok, bau ini akan tetap tinggal di badan anda dalam masa berminggu-minggu.

10. Trimetilamina

Beberapa orang mempunyai kelainan genetik yang dikenali sebagai trimethylaminuria. Dalam keadaan ini, tubuh tidak mampu untuk memecah asid amino, trimetilamin, yang lagi-lagi menghasilkan bau badan hamis. Ada banyak makanan yang mengandungi asid amino, seperti makanan laut, minyak ikan, telur, hati, susu lembu, kacang-kacangan, produk soya, brokoli.


Tambahan: Ada beberapa cara lagi yang boleh anda lakukan di antaranya;

- Minum air masak yang banyak , antara 8 - 12 gelas sehari.

- Ambil makanan yang mengandungi serat, dan buah-buahan yang rendah kolina (epal, strawberi, limau, anggur, tomato, nanas, pisang dan tembikai).

- Kekurangan zink boleh menyebabkan bau badan. Ambil suplemen zink sekali setiap hari untuk mengurangkan bau badan dan meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zink seperti bayam, kacang, kekacang dan beras.

- Minum satu cawan teh jintan kasar dalam sehari untuk mengurangkan bau badan yang bermula dalam usus. Rendam biji jintan kasar yang dihancurkan dalam satu cawan air mendidih selama 15 minit, kemudian saring dan maniskan dengan madu, jika dikehendaki.

- Kurangkan makan makanan yang mengandungi gula banyak.

- Tambah lebih banyak herba dalam pemakanan anda. Dicadangkan menambah ketumbar, rosemary dan sage untuk diet anda. Semua herba ini dapat membantu untuk mencegah bakteria dan bau badan.

- Elakkan menggunakan deodoran komersial, sebaliknya cuba cari deodoran berasaskan alamiah (natural) dan semburan badan.

- Gunakan sabun dan gel mandian yang mempunyai pH seimbang.

- Minum air rebusan daun sirih segelas sehari.

- Sapukan hirisan mentimun di bahagian ketiak dan badan lain yang berbau.

Jika anda boleh mengubah pola diet anda, tidak perlu lagi bimbang dengan bau badan yang selama ini mengintai anda. Selain itu, anda juga tidak perlu lagi mengeluarkan banyak wang untuk membeli deodoran.

Tetapi bagi yang Muslim, memakai minyak wangi adalah sunat dan dapat pahala, melainkan pada waktu yang makruh seperti waktu siang dalam bulan puasa. Begitu juga dilarang wanita memakai minyak wangi yang keterlaluan baunya hingga boleh memikat lelaki lain di luar rumah. Tapi untuk suami dan muhrim dalam rumahnya, boleh dan bagus saja.

[Diolah dari kompas.com dan eHow.com]

3 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian , sangat bermanfaat

    BalasPadam
  2. Dah lama saya perhatikan, biasanya orang2 yg KUAT SANGAT BAU BADAN, adalah anak-anak kepada PEROKOK TEGAR. Bau badan dia HANGIT semacam.

    Kasihanilah bakal anak-anak anda (yg dh jadi anak tu nasib lah, siapa suruh ente merokok), BERHENTI lah merokok, bukan sahaja mudarat banyak perkara lain, tapi BAU BADAN anak2 anda juga akan terkesan.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.