Kini sepasang cermin mata 'social X-Ray' berjanji untuk memberitahu dengan tepat apa yang orang lain fikir dan apabila anda perlu berhenti bercakap.
Cermin mata yang mempunyai kamera terbina dalam (sebesar biji padi) yang memantau ekspresi muka orang lain dan sepadan dengan mereka dengan 24 ciri-ciri yang dikenali yang menyampaikan emosi.
Ia kemudiannya akan memberitahu individu melalui fon telinga dan lampu pada kaca mata apa yang teman mereka fikirkan.
Dalam sistem seperti lampu traffic light, lampu merah bermaksud negatif, kuning bermakna mereka sederhana minat dan hijau ertinya teman anda gembira.
Cermin mata itu kini di bawah pembangunan oleh penyelidik di Massachusetts Institute of Technology, Media Lab.
Mereka mengatakan bahawa memakainya semasa perbualan dengan orang lain adalah seperti mempunyai perasaan 'tambahan' untuk mengetahui sama ada mereka bosan atau kehilangan minat.
Ia telah dibangunkan untuk orang yang mengidap autisme yang mempunyai kesukaran tulen untuk berinteraksi dengan orang lain, tetapi kini pasukan tersebut telah melihat aplikasi yang lebih luas.
Setakat ini cermin mata itu masih dalam progres dan telah tepat hanya 64 peratus, satu angka yang dijangka akan bertambah baik dengan ujian lanjut.
[New Scientists]
Hhmmmmmmm, bukanlah bermakna cermin mata itu dapat membaca apa yang ada dalam fikiran orang, seperti seseorang yang mempunyai 'sixth sense' atau menggunakan tenaga dalam. Tetapi hanya dapat membaca ekspresi muka seseorang. Tak rock lagi lah kalau gitu ;))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)