Berita Terkini

Majoriti golongan muda Muslim setuju al-Quran ganti Perlembagaan

BANGI, 11 Julai  -  Satu kajian terbaru di kalangan golongan muda Muslim di Malaysia menunjukkan majoriti berpendapat Perlembagaan Persekutuan wajar digantikan al-Quran sebagai panduan perundangan negara.


Sekitar 72 peratus responden ditemui dalam satu kajian kendalian bersama menyatakan pendirian menyokong soalan berkaitan Perlembagaan digantikan dengan al-Quran manakala 25 peratus pula tidak bersetuju.

“Ada sokongan kuat bagi hukuman di bawah kanun jenayah syariah iaitu hukum hudud, dan pandangan agar al-Quran menggantikan Perlembagaan Persekutuan,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian ketika membentangkan hasil kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Katanya, lebih ramai lelaki berbanding dengan wanita mahukan al-Quran menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“(Bilangan) Muslim di Sabah dan Sarawak rendah (dalam soal ini), hanya separuh daripada mereka mahukan Perlembagaan Persekutuan digantikan dengan al-Quran,” kata Ibrahim dalam hasil kajiannya.

Seramai 1,060 responden terbabit dalam kajian ini, yang dikendalikan antara Oktober dan November 2010. Responden berusia antara 15 dan 25 tahun.

Kajian perbandingan ini juga membabitkan responden dari Indonesia.

Seramai 74 peratus responden Muslim di Malaysia juga mengatakan bahawa mereka sangat faham tentang al-Quran manakala 71 peratus hanya faham sedikit tentang al-Quran.

[Malaysian Insider]


Semoga Undang-undang Islam dan Hukum hudud akan berkembang mekar dan utuh kembali di Malaysia @ Tanah melayu @ Malaya ini.

Dan saya cadangkan kerajaan Malaysia buat undian melalui sms atau sebagainya, di dalam rancangan TV sebaiknya, dan lihat sendiri berapa ramai yang mahukan Undang-undang Islam tertegak kembali di Malaysia. Jangan takut hadapi kenyataan, dan apa yang penting, jangan sangkakan bayang sendiri adalah hantu Kak Limah :P


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.