Berita Terkini

10 jenis kelawar aneh dan unik

Kelawar telah sekian lama mengangkat cerita-cerita seram (kelawar dracula atau pontianak), mitos dan salah faham (seperti kebutaan). Kelawar mempunyai banyak bentuk dan ukuran dan merupakan makhluk yang sangat menarik dan unik. Senarai di bawah ini adalah senarai sepuluh kelawar paling jarang ditemui di sekitar kita.

10 - Kelawar Visor (Visored Bat)

Kelawar Visor
Foto kredit: uglyoverload.blogspot.com

Spesis yang baru ditemui di Bolivia, Brazil, Colombia, Peru, Ecuador dan Venezuela, Kelawar Visor (Sphaeronycteris toxophyllum) dinamakan sempena penonjolan yang melekat pada muncungnya. Agaknya boleh bersaing dengan Kelawar Hantu seperti spesis di bawah ini.


9 - Kelawar Hantu (Ghost Bat)

Kelawar Hantu

Kelawar berbulu putih ini ditemui di dalam hutan hujan tropika dari Mexico ke Brazil, dan juga di Pulau Trinidad, di Caribbean. Ia adalah haiwan yang hidup menyendiri, yang menghabiskan siang hari bersarang di bawah daun palma, dan kemudian terbang tinggi di malam hari, memburu rama-rama dan serangga terbang lain.


8 - Kelawar Chapin (Chapin’s Bat)

Kelawar

Kelawar ini mempunyai 'rambut' yang aneh seperti jambul atau rambut punk. Kelawar jantan mengeluarkan bau aneh untuk menarik perhatian betina ketika musim mengawan. Mereka makan serangga dan hidup di dalam hutan hujan Afrika Tengah.


7 - Kelawar Bermuka Kedut (Wrinkle Faced Bat)

Kelawar Bermuka Kedut

Spesis pemakan buah ini ditemui di Mexico dan Amerika Tengah, di mana ia dikenali sebagai 'Murcielago viejito' (kelawar orang tua) atau 'Murcielago zopilote' (Kelawar kondor), kerana mukanya agak terbuka dan keriput. Mereka mempunyai lipatan besar kulit yang mereka gunakan sebagai topeng untuk menutup wajah mereka ketika mereka tidur.


6 - Kelawar Bertelinga Besar (Big Eared Bat)

Kelawar Bertelinga Besar

Kelawar terbang ini memakan serangga terbang, seperti kelawar lain, dengan menggunakan 'echolocation' untuk mencari mangsanya, telinga besar mereka memberi mereka pendengaran jauh lebih baik daripada kelawar bertelinga kecil. Mereka mempunyai genera pelbagai dan ditemui di banyak bahagian dunia.


5 - Kelawar Pemancing Ikan (Fishing Bat)

Kelawar Pemancing Ikan

Kelawar besar ini hidup di Mexico, Amerika Tengah dan Selatan dan kebanyakannya memakan ikan. Menggunakan kaki panjang mencakar untuk mengambil ikan di permukaan air dan kemudian memakan melalui sayapnya, yang relatif lebih kecil dari jenis Fishing Bat adalah Lesser Fishing Bat yang makanannya adalah serangga air.


4 - Kelawar Bermuka Hantu (Ghost Faced Bat)

Kelawar Bermuka Hantu

Kelawar Bermuka Hantu banyak tersebar di Dunia Baru, dari Amerika Syarikat selatan hingga Peru. Mereka nyaris tidak berhidung, mempunyai flap kulit aneh yang keras di wajah mereka dan dahi yang sangat menonjol yang memberi mereka penampilan sangat aneh. Mereka makan serangga nokturnal.


3 - Kelawar Kaki Pelekat (Sucker Footed Bat)

Kelawar Kaki Pelekat

Kelawar ini, endemik pada Madagascar, dianggarkan menggunakan cawan penyedut pada sayapnya dan pergelangan kaki untuk bergantungan pada daun palma dan permukaan halus lain.

Hari ini diketahui bahawa mereka tidak menggunakan tenaga hisap, melainkan lekatan, dengan menghasilkan bahan melekit yang bertindak seperti gam sama seperti lekatan yang ditemui pada katak pokok dan salamander.


2 - Kelawar Buah Berhidung Tiub (Tube Nosed Fruit Bat)

Kelawar Buah Berhidung Tiub

Ditemui di dalam hutan hujan Filipina, kelawar ini adalah haiwan hampir pupus kritikal, mempunyai salah satu wajah teraneh di antara mamalia. Ditemui pada tahun 1984, spesis ini terkenal dengan hidung yang aneh berbentuk tiub dan jalur di bahagian belakang (kelawar amat sedikit berjalur). Biasanya mereka makan pepijat pada pokok ara dan buah-buahan lain tetapi boleh makan serangga kadang-kadang.



1 - Kelawar Berkepala Tukul (Hammer Headed Bat)

Kelawar Berkepala Tukul

Ditemui di dalam hutan hujan Afrika, kelawar besar ini mendapatkan namanya kerana bentuk kepalanya, yang besar juga aneh, tapi ini hanya pada yang jantan. Sebahagian besar thorax kelawar jantan adalah ruang untuk bergema yang membolehkan mereka untuk menghasilkan suara yang sangat keras untuk menarik kelawar betina. Mereka memakan buah-buahan dan, kadang-kadang, haiwan lain.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.