Sudah terlalu banyak bukti yang ditemui di merata tempat dalam dunia ini di mana munculnya nama Allah di pelbagai tempat dan keadaan. Firman Allah dalam AlQuran yang bermaksud, "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" (Surah Fusshilat : Ayat 53)

Saya sendiri yang rakam gambar di atas di kampung Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Awan membentuk seperti nama Allah di sebelah kiri, tetapi dalam gambar ini sudah semakin tidak jelas kerana awan bertiup kencang sebelum saya sempat rakam awal-awalnya.
Ketika ini saya sedang berada di atas sebuah bukit rendah yang bernama Bukit Bucu untuk menembak gambar-gambar pemandangan di atas itu. Dan hati saya meminta-minta agar Allah tunjukkan pada saya agar keluar namaNya pada awan. Alhamdulillah, permintaan saya terkabul walaupun tidak sempat saya rakam waktu awal-awal ianya terbentuk.

Gambar-gambar nama Allah pada akar pokok di atas dirakam di Universiti Darul Iman, Gong Badak , Kuala Terengganu, Terengganu, bukan oleh saya.
Gambar di atas dirakam oleh kawan saya di Flickr iaitu Lily Lyn











"When the sky is rent asunder, and it becomes red like ointment." [Al Quraan : Surah Ar Rahmaan - Verse 37]
This aurora in Alaska shows Allah's (swt) beautiful name.

Pokok seperti orang ruku' dalam solat
Batu seperti orang sedang sujud (dalam solat)Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud

Angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud (dalam solat)
Gambar-gambar ini hanyalah antara beberapa yang dirakam oleh kamera dan dipublisiti kan, belum termasuk lagi yang tidak dirakam, yang tidak sempat dirakam dan yang belum lagi dijumpai, subhanAllah. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui .......
[Gambar foto dari pelbagai sumber]
Baca juga Tanda lahir ayat Quran pada budak yang berubah 2 kali seminggu
Rahsia di sebalik tubuh manusia
[Gambar foto dari pelbagai sumber]
Baca juga Tanda lahir ayat Quran pada budak yang berubah 2 kali seminggu
Rahsia di sebalik tubuh manusia































