Khamis, 23 Jun 2011

Mentol lampu tertua di dunia berusia 110 tahun

Mentol lampu tertua di dunia berusia 110 tahunSebuah mentol lampu lama mula digunakan pada tahun 1901 masih berfungsi hari ini setelah digunakan selama lebih 110 tahun.

Mentol itu telah digunakan di stesen bomba di Livermore, California untuk lebih daripada satu abad dan yang paling lama pernah dimatikan hanya untuk satu minggu.

Ia pada asalnya dicipta oleh Adolphe Chailet, saingan kepada Thomas Edison. Kini mentol itu mempunyai kelab peminat sendiri dan beberapa pelawat berjalan beribu-ribu batu untuk datang dan melihatnya sendiri.

Walaubagaimana pun Chailet tidak pernah berjaya seperti Edison, walaupun mentol beliau telah dibuktikan dapat hidup dengan voltan yang lebih tinggi.

Mungkin kerana nilai komersial, kerana syarikat-syarikat yang menjual mentol pasti mahukan mentol yang tidak bertahan lama sangat, agar mereka akan sentiasa mendapat jualan lanjutan.

Bayangkan lah, purata mentol lampu biasa hanya bertahan selama 1,000 jam, tetapi mentol ini sudah dapat bertahan selama 110 tahun.

Mentol lampu tertua di dunia berusia 110 tahun


[Dailymail.co.uk , 17 Jun 2011]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.