Khamis, 23 Jun 2011

Pentax Q black - Kamera interchangeable terkecil di dunia


Pentax mengeluarkan Q, kamera berlensa interchangeable (boleh tukar lensa) dan bersensor objek terkecil di dunia.

Pentax Q black - Kamera interchangeable terkecil di dunia

Sebelumnya dilaporkan bahawa Sony NEX-C3 adalah kamera berlensa interchangeable (ILC) terkecil di dunia. Tapi sekarang tidak lagi, kerana gelaran itu sudah jadi milik Pentax Q.

Kualiti gambar sebuah kamera bergantung kepada ukuran sensornya. Q juga mempunyai sensor objek terkecil di dunia. Itulah yang membuatkan kamera ini dapat direkabentuk mini. Dengan lensa yang dapat diganti-ganti dan sensor gambar CMOS 1 per 2.3 inci buatan Sony, serta resolusi 12.4 megapixel, sudah pasti gambar yang dihasilkan mempunyai kualiti yang baik.

Pentax Q black - Kamera interchangeable terkecil di dunia

Kamera ber-LCD 3 inci ini mempunyai kemampuan alamiah untuk memotret objek rendah. Sensitivitinya tinggi dan kualitinya disokong oleh ISO 6400. Dengan harga sekitar RM2,400, kamera ini tersedia warna hitam dan putih, dan dijual sepaket dengan lensa 47mm.

Ciri-ciri yang lain yang ada padanya ialah HDR Capture, 1080p HD Video, Sensor-Shift Shake Reduction, 5 FPS, Bokeh Control Filter dan smart effect.

Pentax Q black - Kamera interchangeable terkecil di dunia

Q dirancang akan mula dipasarkan pada akhir September atau awal Oktober nanti.

[Yahoo News , Likecool]





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.