Berita Terkini

Lori pasir menggilis dua beranak hingga maut

Pemandu lori pun, kalau dah tahu lori tu besar gila, jangan lah bawa laju, terutamanya di kawasan yang ramai orang dan banyak kenderaan kecil. Mentang-mentang naik kenderaan besar, jangan angkuh sangat bawa lori.

Ini pengalaman saya sendiri yang biasa naik motosikal dan memang ada motosikal saja pun, tak ada kereta, berhadapan dengan pemandu-pemandu lori yang bagi saya samseng. Potong orang lebih kurang walaupun dekat dan dengan keadaan laju yang amat.

Dan majikan-majikan kepada syarikat lori pun jangan lah kejarkan sangat projek itu projek ini mahu siap., hingga marahkan pekerja yang membuatkan pekerja pun terkejar-kejar. Dan orang ramai pun JANGAN MERUNGUT kalau suatu projek siap lambat sikit. Kalau asyik semua nak cepat, maut dan padah lah jawabnya.

Rasulullah S.a.w. bersabda: “Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” (Hadith Riwayat Abu Ya’la dan Al-Baihaqi daripada Anas r.a.. Sanadnya hasan)

Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah S.a.w bersabda : “Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” (Hadith Riwayat Tirmizi)

Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.”  (Hadith Riwayat Muslim).

BANDAR BAHARU 16 Jun - Seorang lelaki dan anak perempuannya maut setelah motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori pasir di Jalan Serdang-Selama, di Kampung Terap Batu 22 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, ASP Helmi Ariff, berkata kemalangan ngeri itu berlaku kira-kira 7.10 pagi tadi ketika mangsa Md Daud Taib, 62, dalam perjalanan dari Kampung Sungai Air Hitam, Selama ke Pekan Serdang untuk menghantar anaknya Siti Hajar, 14, pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Serdang, dekat sini.

"Sebuah lori pasir kosong dalam perjalanan dari arah Serdang ke Selama memotong sebuah lagi lori dari arah sama lalu bertembung dengan motosikal yang ditunggang mangsa yang membawa anaknya menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting di atas jalan raya dan digilis lalu diseret lori berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa diserah kepada waris berkenaan untuk dikebumikan di kampung mereka.

Sementara itu, Wakil Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Helmi Abdul Khan, yang menghubungi BERNAMA berkata pihaknya menghulurkan sedikit sumbangan untuk pengkebumian mayat kedua-dua beranak berkenaan.

Helmi juga menyarankan pihak berkenaan supaya menjadualkan laluan puluhan lori pengangkut pasir dan tanah merah di sekitar daerah itu.

Katanya, pemandu lori berkenaan bukan sahaja memandu laju tetapi juga secara tidak berhemah dan besar kemungkinan lebih ramai lagi pengguna jalan raya di daerah itu akan menjadi mangsa.

"Sebilangan mangsa kebanyakannya pelajar sekolah di daerah ini menjadi mangsa pemandu lori pasir dan tanah merah yang tidak bertanggungjawab itu," katanya.

[BERNAMA]

Sememangnya itu ajal mereka, dan mungkin kita pula selepas ini. Cuma mencegah sesuatu keburukan yang berlaku itu lebih baik, dan kita disuruh berikhtiar dengan sebaik mungkin. Semoga Allahyarham dan anaknya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan tenang di sana, amin.


* Update 17 Jun 2011

Laporan dari Berita Harian hari ini pula, dua adik beradik mati digilis treler dalam kemalangan di Kuala Trong dekat Taiping semalam.

Norshafikah Abdul Rahim, 15, dan adiknya Mohd Azizi Abdul Rahim, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada 6.15 petang.

Nahas berlaku semasa Mahmud Din, 75, bersama Mohd Azizi, sedang dalam perjalanan balik ke rumah selepas mengambil Norshafikah dari sekolah.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak berkata, motosikal itu tergesel treler berkenaan di satu persimpangan menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak dan kedua-dua beradik itu digelek kenderaan berkenaan.

Katanya, Mahmud dimasukkan ke Hospital Taiping dan keadaannya dilaporkan stabil.  Pemandu treler berusia 40-an itu ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.