IBM (International Business Machines) telah berusia 100 tahun kelmarin. Mungkin ada lagi yang tidak tahu tentang IBM, walaupun dulu hari-hari dia guna komputer serasi IBM (IBM compatible).
Tetapi sekarang 'IBM compatible' sudah tidak digunakan lagi, kerana komputer-komputer sekarang adalah berdasarkan kepada senibina PC (Personal Computer), dan IBM tidak lagi membuat PC.
Tetapi sekarang 'IBM compatible' sudah tidak digunakan lagi, kerana komputer-komputer sekarang adalah berdasarkan kepada senibina PC (Personal Computer), dan IBM tidak lagi membuat PC.
Sekarang ini IBM adalah pengeluar perkakasan dan perisian komputer, dan ia juga menawarkan servis infrastruktur, hosting dan nasihat dalam area komputer kerangka utama (mainframe) hinggalah ke teknologi nano.
IBM ditubuhkan pada 16 Jun 1911 sebagai Computing Tabulating Recording Corporation. Ia adalah gabungan 4 syarikat iaitu Tabulating Machine Company, International Time Recording Company, Computing Scale Corporation dan Bundy Manufacturing Company.
Kilang milik Tabulating Machine Corp dilihat di sini pada tahun 1893. Pada tahun 1911 TMC adalah salah satu daripada tiga syarikat yang bergabung untuk membentuk syarikat besar yang hari ini dikenali sebagai IBM.
Pada tahun 1973, jurutera dari IBM iaitu George J. Laurer telah memperkenalkan Universal Product Code atau lebih dikenali sebagai Barcode.
Dalam tahun 2011 ini, Forbes telah menyenaraikan IBM sebagai syarikat yang ke 18 terbesar di Amerika Syarikat, yang ke 7 paling membuat untung, yang ke 31 terbesar di dunia.
[MSNBC , Wikipedia , Newsday]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)