Berita Terkini

Banyak juga laman web kerajaan dan bukan kerajaan digodam oleh Anonymous dan penggodam lain

Kumpulan penggodam Anonymous
Sejak kelmarin, sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan kena godam, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kalau orang Terengganu cakap 'godam' tu rotan. Tetapi godam dalam maksud sekarang ialah 'ceroboh sistem komputer'.

Sasaran asal Anonymous ialah 51 laman web kerajaan. Menurut Malaysian Insider pula, 27 laman web bukan kerajaan pun kena sekali.

Operasi yang digelar sebagai 'Operation Malaysia' itu telah dilakukan oleh sekumpulan penggodam antarabangsa yang menggelarkan diri mereka 'Anonymous'.

Walaupun ugutan untuk menggodam laman web kerajaan dikatakan akan dimulakan pukul 3:30 pagi tadi, tetapi sejak kelmarin pun sudah banyak laman web yang terkena.

Laman www.malaysia.gov.my tidak dapat diakses dari awal pagi hinggalah pukul 8:30 pagi tadi. Itu kemungkinan kerana kerajaan tutup sementara untuk mengelakkan dari kena godam.

Laman-laman web pelancongan seperti www.sabahtourism.com dan www.tourmalaysia.com.my juga tidak terlepas dari kena serang. Dengan itu, Anonymous mengatakan mereka sudah memperolehi data lebih 3,400 pengguna agensi itu dan menyiarkan 392 akaun.

“Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia," menurut kenyataan SKMM.

Malaysia menjadi negara terbaru berhadapan dengan sasaran perang siber yang digerakkan oleh aktivis, yang mula popular apabila mereka mengganggu laman web MasterCard dan Paypal yang memutuskan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.

Mereka juga dilaporkan ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.

Minggu lalu Anonymous melancarkan serangan DDoS terhadap laman kerajaan Turki sehingga membawa kepada penahanan 32 suspek yang dipercayai anggota kumpulan itu.


Semoga Anonymous tidak melebih-lebih sangat dalam menggodam laman web terutamanya laman web kerajaan. Nanti kerajaan tutup terus internet di Malaysia , baru semua melopong.

Dan semoga kerajaan pun bertimbang rasa dalam melayan hak rakyat, dan jika ada sesuatu yang hendak dibuat, minta pendapat rakyat dulu terutamanya berkenaan dengan internet , sebelum nanti keadaan menjadi semakin keruh .......

Cadangan saya, sekat semua LAMAN WEB PORNO yang terlalu melambak , mudah didapati dan berleluasa sangat sekarang ini. Semua golongan masyarakat telah terdedah kepadanya. Maka utamakan yang penting dulu iaitu SEKAT LAMAN WEB PORNO dari memasuki Malaysia!


* Update

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Sistem keselamatan dan rahsia Kementerian Pertahanan adalah selamat dan mereka mampu menangkis sebarang cubaan untuk menceroboh.

Tindakan yang tegas akan diambil jika berlaku kebocoran. Dia berkata selepas menerima borang kemasukan Askar Wataniah daripada selebriti-selebriti popular yang baru saja menyertai Askar Wataniah.

Antara selebriti itu ialah penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza, pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan.

"Ada juga individu yang menggunakan alam maya untuk mengkeji dan memaki hamun kerajaan. Jika kita tidak bersetuju sekalipun dengan pendapat seseorang itu, gunakan bahasa yang baik agar orang boleh terbuka hati dan yang penting mesej itu sampai," kata Datuk Zahid.


* Update 17 Jun 2011

Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri mengatakan bahawa serangan oleh penggodam mungkin akan berlanjutan hingga beberapa hari lagi.

Penggodam-penggodam itu mencari aplikasi web yang diketahui ramai terdedah kepada kaedah serangan, mempunyai kata laluan lemah dan menyalahtatarajah.

"Berdasarkan pemerhatian kami, serangan yang dilakukan akan menjejaskan kerahsiaan, integriti maklumat dan kewujudan laman web. Ini seterusnya boleh menjejaskan kegiatan perniagaan sesebuah organisasi," katanya dalam satu kenyataan.

Kumpulan penggodam tempatan juga ada yang menumpang sekaki seperti kumpulan yang diberi nama 'Dragon Force' yang biasanya melumpuhkan sesuatu laman web dan menghiasi laman web itu dengan gambarnya.

"Kumpulan ini patut sedar bahawa kerajaan hanya menyekat akses ke laman web berkenaan, tetapi ia masih boleh dicapai melalui sumber terbuka penyedia proksi seperti OpenDNS." kata Pengurus Operasi BubTech Sdn Bhd, Mazniezan Iqram Mat Zain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.