Berita Terkini

Bandar dan kampung unik dan aneh

1. Kampung yang mempunyai penduduk hanya seorang


Don Sammons, 60,  tinggal di dalam sebuah desa aneh yang hanya berpenduduk 1 orang, iaitu dirinya sahaja. 

Buford terletak di Wyoming, Colorado, daerah tanah tinggi dengan suhu rendah terlebih di musim dingin. Desa ini telah ditinggalkan oleh seluruh penghuninya yang memilih untuk tinggal di tempat lain untuk mencari penghidupan yang lebih baik kerana merasa wilayah ini tidak akan dapat berkembang. Namun tidak demikian dengan Sammons yang  tetap tinggal di sana walaupun seorang diri.

Sammons meninggalkan Los Angeles tahun 1980 bersama isteri dan anaknya dan memilih menetap di Buford yang ketika itu masih dihuni oleh sekitar 2,000 orang pekerja landasan kereta api. Setelah isterinya meninggal 15 tahun lalu, anaknya yang kini berusia 26 tahun pun memilih untuk pindah ke kota Colorado.

Sammons mengelola sendiri sebuah stesen minyak kecil dan sebuah kedai runcit untuk melayani mereka yang singgah dalam perjalanan. “Dalam sehari kedai saya boleh dikunjungi 1,000 orang di musim panas, namun menurun hingga 100 orang saja di musim dingin,” kata Sammons yang mengakui dirinya sebagai raja di Buford.


2. Kampung tanpa jalanraya

Bandar tanpa jalanraya di Holland

Kampung Giethoorn di Holland adalah sebuah kampung yang aneh dan unik. Tidak ada satu jalanraya pun di situ. Yang ada hanyalah laluan air dan laluan untuk berbasikal. Manakala pelawat-pelawat ke sini pula digalakkan menyewa bot eletrik senyap yang digelar 'Whisper Boat'.




3. Kampung yang dipenuhi dengan orang-orang kerdil


Kampung ini digelar dengan nama 'Dwarf Empire' , terletak bersebelahan Bukit Xishan, 40km ke barat Kunming, Wilayah Yunnan, China. Orang-orang kerdil yang lebih dari 100 orang itu disediakan rumah yang berbentuk seperti cendawan untuk tinggal.

Ianya dijadikan sebagai taman tema untuk menarik pengunjung dan membuat duit.  Seumpama orang-orang kerdil dalam cerita 'Gulliver's Travel', cuma mereka tidak sehalus orang-orang halus dalam cerita dongeng itu.

Ia ditubuhkan pada bulan Mei 2009 oleh Chen Mingjing, seorang usahawan elektronik dan hartanah yang berjaya, serta pengerusi Tunnan Jiacui Yundi Biotechnology Co Ltd. Ianya sebenarnya adalah salah satu daripada tiga bahagian - iaitu Dwarf Empire, Butterfly Park, dan Space-time Square.





4. Bandar sampah


Bandar ini dikenali sebagai 'Garbage City' terletak di luar Kaherah (Cairo), Mesir. Ia dihuni oleh masyarakat pekerja yang dipanggil Zabbaleen, yang secara peribadi mengumpul, menyusun, mengguna semula, menjual semula atau sebaliknya repurpose sisa buangan Kaherah.





5. Kampung dengan penduduk berjari macam ketam

Sebuah perkampungan yang penduduknya mengalami kelainan fizik ditemui di Dusun Ulutaue, Desa Mario, daerah Mare, Bone, Sulawesi Selatan. Di sana, puluhan penduduknya menderita kelainan di jari kaki dan tangan. Mulai dari yang lanjut usia hingga bawah lima tahun, jari-jari mereka terbelah menjadi dua hingga mirip sepit ketam.

Walaupun begitu, mereka tak pernah malu dengan warga kampung lain. Bahkan hal ini sudah menjadi hal biasa seperti takdir mereka. Boleh jadi, keanehan tersebut terjadi lantaran gizi pemakanan yang kurang sejak usia dalam kandungan. Maklumlah, pekerjaan mereka sehari-hari hanyalan nelayan. Ironisnya, hingga sekarang belum satu pun pasukan perubatan atau kerajaan dengan tepat meneliti bahkan mengubati para penduduk di kampung itu.

Akibat keanehan pada jari-jari mereka, sebahagian penduduk kampung lain ada yang merasa jijik bergaul dengan mereka. Tak hanya itu, perkampungan mereka pun diberi sebutan 'Kampung Manusia Ketam' oleh penduduk setempat.


6. Kampung berpenduduk Poligami


Dalam undang-undang Amerika, berpoligami adalah satu kejahatan. Tetapi bagi 1,200 penduduk Centennial Park, iaitu sebuah kampung kecil di Colorado Arizona, berpoligami menjadi impian. Bahkan para gadis justeru ingin berbahagi suami saat menikah kelak. Sekitar 1200 penduduk Centennial Park, kampung kecil berhampiran Colorado, menunjukkan bahawa mereka berpoligami juga dengan alasan sendiri. Berbeza dengan majoriti warga AS, mereka menyebut komunitinya All-American Families (Keluarga Amerika Seluruhnya), dalam erti sebenarnya.

Seperti Ariel Hammon, 32, yang menikahi Helen, 30, yang memberinya tujuh orang anak, kemudian menikahi Lisa, 20, yang memberinya dua anak. Bagi Ariel dan dua isterinya berpoligami bererti menambah tenaga kerja untuk membangun rumah-rumah baru. “Warga di Centennial Park pernah membangun rumah baru berhampiran rumah induk hanya dalam waktu dua hari. Itu kerana ramai anak, banyak sukarelawan,” kata Ariel kepada ABCNews.

Cemburu kerana cinta berbelah bagi?  “Kami tidak pernah memikirkannya, justeru ini yang saya impikan sejak dulu,” kata Helen, bekas siswa Ariel seperti halnya Lisa. “Saya tidak ada masalah Ariel sudah menikah, itu saya anggap bonus,” tambah Lisa.

Beberapa penduduk yang ditanya soal seks, mengaku rimas. Menurut mereka, para remaja tetap menjaga keperawanan dan dilarang berciuman sebelum menikah. Dan di tengah keruntuhan moral akibat merebaknya seks bebas di AS, Centennial Park cenderung tertutup dan curiga dengan orang asing. “Kerana agama melarang (seks sebelum menikah),” kata seorang penduduk.

Ariel juga menilai program Big Love di televisyen HBO yang menggambarkan intrik, kecemburuan dan saling menjatuhkan antara para isteri, bukan kenyataan sebenarnya. Ariel menilai yang terpenting adalah menjaga keutuhan rumah tangga dan mengasuh anak-anak sehingga seks bukan prioriti. “Untuk seks, harus mencuri waktu kerana ramai anak di rumah. Tetapi seks adalah ekspresi cinta, banyak cinta di tempat ini,” kata Ariel.


7. Kampung yang penduduknya hidup tanpa air bersih

Lebih dari 40 tahun penduduk Pedukuhan Wangon, Desa Kubangsari, daerah Ketanggungan, Kabupaten Brebes, Jawa Tengah, hidup tanpa air bersih. Mereka merasa hidup tak layak di negara merdeka. Kampung yang berpenduduk lebih dari 2,255 orang ini hidup tanpa air bersih.

Air bersih bagaikan barang yang sulit diperolehi. Sementara kerajaan seolah menutup mata terhadap kesulitan warganya itu.

Konon katanya, kampung ini kena kutukan kerana ada seorang nenek yang meminta air minum dari warga kampung tapi tidak ada yang berikan.



8. Kampung tanpa katil

Dusun Kasuran adalah salah satu dusun yang ada di desa Margodadi, daerah Seyegan, Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia.. Sepintas lalu memang tidak berbeza dengan dusun yang lain, tapi satu hal yang membezakan adalah majoriti penduduknya tidak tidur di atas katil.

Tradisi ini sudah berlangsung turun-temurun sejak zaman nenek moyang, dan tidak cuma ditaati oleh orang-orang yang sudah sepuh, tapi juga orang-orang muda dan anak-anak. Majoriti penduduk tidur hanya beralaskan tikar atau tilam yang tidak ada katilnya.



9. Kampung yang dikorek pada batu-batu


Kampung Kandovan yang dikorek pada batu-batu dan membentuk seperti gua-gua ini terletak di timur Azerbaijan, 60km dari bandar Tabriz,  Iran.  Kampung ini dikatakan berusia lebih dari 700 tahun.

Banyak rumah-rumah di Kandovan telah diukir dari formasi berbentuk kon asli dibuat dari abu gunung berapi yang dimampatkan.









10. Kampung dengan 100 lebih Kembar Seiras


Kampung Kodinhi di daerah Malappuram, Kerala, India ini dikenali juga sebagai 'wonderland of twins'. Tidak hairan jika guru di sekolah itu mendapat tugas tambahan untuk menghafal muridnya satu per satu. Kedua puluh pasang anak kembar itu berjenis kelamin sama dan merupakan kembar seiras. Para guru kerap salah ketika menyapa nama mereka. Apalagi setiap pasang anak kembar hanya dibezakan dengan belahan rambut.

Salah satu pasangan kembar mengatakan, tanda lahir di leher merupakan salah satu pembeza mereka. Selebihnya mereka hampir sama. Penduduk kampung Kodinhi yang majoriti muslim juga mengatakan, keberadaan anak kembar di kampung itu bukan hal yang aneh. Mereka menganggapnya sebagai hal istimewa yang dianugerahkan oleh Sang Pencipta.

Kebanyakan anak kembar juga lahir di hospital yang sama. Menurut gynaecologist hospital setempat, selama 10 tahun dia bekerja tercatat ada 100 hingga 150 kembar. Lima atau enam di antaranya kembar tiga. Kenyataan itu melahirkan misteri yang mengundang untuk diteliti lebih lanjut.



[Di olah dari Menarik dan Unik , Amazingonly , Forteantimes]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.