Pelakon lagak ngeri @ stuntman dari Israel Hezi Dean memecahkan rekod ketahanan diri David Blaine selepas berdiri di atas tiang sembilan-tingkat-tinggi selama lebih dari 35 jam.
Sebuah kren telah membawa Dean ke puncak tiang di Rabin Square, Tel Aviv, di mana dia tetap berdiri di situ dengan 'catheter' (tiub yang disambung pada pundi untuk mengalirkan kencing) dan tiada makanan langsung.
Setelah melampaui rekod David Blaine, dia meninggalkan tempat berdirinya itu dengan terjun ke atas kotak-kotak yang disediakan di bawah.
Blaine telah seimbangkan dirinya selama 35 jam di atas sebuah tiang di Bryant Park, New York, pada tahun 2002.
Ini bukan pertama kalinya Dean telah memecah rekod ahli silap mata dari Amerika itu. Tahun lalu, dia menjalani ujian ketahanan selama 66 jam dalam ais, memecahkan rekod Blaine iaitu 63 jam.
[Telegraph.co.uk]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)