"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan JANGAN LAH KAMU BERCERAI-BERAI, ...." (Surah Aali-Imran : ayat 103)
"Nabi Muhammad S.a.w ialah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap KASIH SAYANG sesama mereka (umat Islam). " (Surah Al-Fath - Ayat 29)
“Dan tidaklah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan sebagai RAHMAT (KASIH SAYANG) bagi semesta alam.” (Surah Al-Anbiyaa' - ayat 107)
Spiderman Perancis telah berjaya memanjat bangunan tertinggi di Turki
Spiderman Perancis main gila lagi, kali ini ke puncak bangunan tertinggi Turki pula iaitu Sapphire shopping mall. Alain Robert berjaya melepasi ketinggian 261 meter dan kali ini sepertimana ketika memanjat bangunan tertinggi di dunia baru-baru ini di Dubai, dia memakai tali keselamatan juga.
Bangunan tertinggi di Turki itu terletak di İstanbul’s Şişli , dan Robert telah memanjatnya pada Hari Selasa. Memakan masa hampir dua jam, bermula pukul 12:30 p.m dan sampai ke puncak pukul 2:20 p.m.
Dia menyatakan bahawa dia mempunyai beberapa kesulitan pada ketinggian 15 meter terakhir kerana kakinya kadang-kadang tergelincir. Setelah mencapai puncak bangunan, dia melambaikan bendera Turki untuk penonton.
Robert sangat menghargai kesempatan yang diberikan padanya untuk memanjat bangunan tertinggi Eropah itu, namun menyatakan bahawa dia mengalami kesulitan ketika 15 meter terakhir mendaki kerana ada cairan khusus yang dia gunakan pada kaki kanannya yang jika tanpanya dia tidak dapat meneruskan.
Dia mengatakan bahawa ada jenis minyak telah masuk ke kasutnya, sehingga sangat sulit baginya untuk terus mendaki. Kerana dilema ini, dia perlukan waktu lebih lama dari yang diharapkan untuk memanjat bangunan tersebut.
[Todays Zaman , Telegraph.co.uk]
Kita perhatikan di saat Alain Robert tergelincir tu, jika ditakdirkan Tuhan tali itu tidak dipakainya, maka sudah hancur lebur dah si Alain ni. Bagus juga orang sudah beri pada dia syarat, jika mahu panjat bangunan mesti pakai tali keselamatan.
Apa boleh buat, dia sendiri sudah ketagih panjat bangunan, kalau tak panjat maka itu adalah bencana bagi dirinya. Sudah terbalik pula dengan orang normal.
Walau bagaimana pun orang lain tak payah lah bercita-cita panjat bangunan begini. Biar lah si Alain ni sorang saja. Lagi pun Agama Islam melarang seseorang itu menceburkan diri kepada kebinasaan.
Moga-moga si Alain ni selamat lah dalam melakukan hobinya. Kesian juga tengok muka dia yang gaya sedih gitu :)
Biasanya orang begini dia TIDAK AKAN PUAS selagi tidak boleh sakit betul2
Macam orang lumba motor, orang buat stunt dan macam2 lagi lah. Tidak akan puas selagi tidak betul2 boleh sakit atau cacat yang menyebabkan dia tidak boleh lakukan lagi aksi-aksi tersebut. hhmmmmmmm
Apa2 pn semoga Alain ni selamat dan berhenti awal2 lah, kesian tengok muka dia tu huhu
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)" (Surah Fusshilat : ayat 33)
“Telah menular dikalangan kamu penyakit umat terdahulu iaitu penyakit hasad dan benci sesama kamu, dan ia adalah pemotong. Aku tidak bermaksud memotong rambut tetapi memotong agama. Dan demi jiwaku di dalam genggamanNya, kamu semua tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu BERKASIH SAYANG. Mahukah kamu aku tunjukkan (cara) mengukuhkan sifat itu dalam diri kamu? Sebarkanlah salam sesama kamu.” (Hadits Riwayat At-Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi & Al-Bukhari di dalam Adab Al-Mufrad).
“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia KASIH kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Hadits Riwayat al-Bukhari (13)]
Kuat betul mamat ni memanjat. Tak sayang nyawa agaknya. Sanggup menggadaikan nyawa untuk menempah nama. Haizzz..
BalasPadam"Man.. You are tired of living alright..."
Biasanya orang begini dia TIDAK AKAN PUAS selagi tidak boleh sakit betul2
BalasPadamMacam orang lumba motor, orang buat stunt dan macam2 lagi lah. Tidak akan puas selagi tidak betul2 boleh sakit atau cacat yang menyebabkan dia tidak boleh lakukan lagi aksi-aksi tersebut. hhmmmmmmm
Apa2 pn semoga Alain ni selamat dan berhenti awal2 lah, kesian tengok muka dia tu huhu