Berita Terkini

Seniwati Datuk Sarimah semakin pulih

Alhamdulillah, kalau ikut laporan-laporan akhbar, Datuk Sarimah 'the legem' kita sudah mula pulih dari penyakit kansernya. Dan yang paling puas hati laginya, beliau pun sudah bertudung molek sekarang. Sejuk hati memandangnya. Maka para artis yang masih belum memakai tudung dan menutup aurat dengan betul tu apa lagi, contohilah Mak Sarimah kita ni. Baru tak nampak panas dan berserabut je, dosa pun makin kurang :)
Primadona @ Seniwati filem Melayu, Datuk Sarimah Ahmad kelihatan semakin sihat. Setelah tiga tahun menderita penyakit kanser hidung dan otak, kini Sarimah semakin pulih.

“Saya hanya dapat tahu penyakit ini pada tahap keempat. Waktu itu doktor memberitahu jangka hayat saya hanya boleh bertahan sekitar tiga bulan.

“Namun saya tekad untuk terus berusaha. Saya akui memang tidak mahu melakukan sebarang pembedahan pada diri saya. Biarlah apa sahaja kelahiran saya ini, jika tiada nyawa di badan ia masih sama.

“Sepanjang masa itu juga, saya tidak mampu untuk berjalan dan berdiri. Anak-anak saya yang banyak membantu saya. Mereka sentiasa ada bersama saya,” katanya pada majlis sambutan hari lahirnya yang dianjurkan oleh Karyawan di Restoran Warisan.

Menginjak usia 69 tahun, Sarimah mengakui tidak mahu menghebahkan kisah penyakitnya ini kepada khalayak kerana beliau tidak mahu perkara ini akan menyusahkan orang lain.

“Saya tidak mahu orang tahu akan cerita saya sakit. Apabila ada yang menghubungi, saya hanya katakan keadaan saya tidak sihat. Saya juga tidak boleh berjalan dan hanya duduk di rumah.

"Setelah dua tahun, saya diperkenalkan dengan sejenis suplemen. Alhamdulillah, dengan bantuan seorang profesor serta sentiasa bersenam dan jaga makan, saya kini sudah boleh berdiri dan berjalan.

"Saya tidak kisah untuk menelan pil sebanyak 16 biji dan perlu makan sembilan kali sehari. Saya hanya yakin dan terus berusaha untuk pulih ,” katanya yang tidak henti-henti melafazkan rasa syukur pada Yang Maha Esa.

Bercerita saat mula penyakitnya, Sarimah berkata, kepalanya akan tiba-tiba sakit dan mengeras. Bukan itu sahaja, hidung dan lidahnya juga akan mengalami perkara yang sama. Pandangan saya kabur kerana mata saya juga mengalami perkara yang sama.

“Sakitnya seperti ada sesuatu yang menekan kepala saya. Rasa tak boleh tahan dan membuatkan pergerakan terbatas. Kerana itu, saya tidak boleh bergerak dan perlu berehat. Tapi setelah mengamalkan pil dan mengikut diet yang betul, Alhamdulillah semuanya kini sudah normal,” ceritanya yang berharap kesihatannya akan kembali pulih seperti biasa. [Berita Harian]


Dalam Laporan oleh mStar Online pula, Dato' Sarimah ada mengatakan;

“Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan.

“Saya memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar,” katanya.

Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari Maxico yang diperkenalkan oleh seorang doktor.

“Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di tahap empat. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan ini.

“Alhamdulillah ia bagaikan serasi dengan saya tapi berbalik kepada ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh jadi penawar,” katanya.

Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin pulih daripada penyakit tersebut.

“Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.

“Tapi Alhamdulillah derita yang saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang,” katanya. [mStar Online]


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.  (Hadith Riwayat Muslim)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.