Nao Developer Program oleh Aldebaran Robotics dari semasa ke semasa sentiasa menjadikan robot Nao semakin dapat meniru apa yang manusia lakukan. Program Carl Clement bulan lepas telah mengajar Nao untuk bermain kad dengan kanak-kanak pula.
Permainan yang dapat dimainkan oleh Nao itu hanya yang 'simple' tetapi ia menunjukkan kematangan Nao dalam mengecam visual dan bunyi (visual pattern recognition and speech generation).
Nao bermain kad.
Pengenalan pola visual merupakan bahagian penting dari kecerdasan manusia. Ini adalah proses yang kompleks, yang memerlukan pemprosesan selari dari pelbagai jenis maklumat seperti bentuk, warna, dan kontras wajah seseorang. Jika robot masa depan akan dapat meniru - atau meningkatkan - perilaku kita, mereka akan perlu cukup mahir dalam pengecaman corak. Program Nao untuk pengecaman corak hanya melihat dalam 2D, tapi untuk tujuan permainan kad ianya sudah cukup.
Tahun lepas Nao sudah belajar meniru emosi manusia. Begitu juga sebelum itu sudah belajar menari dan sebagainya. Cute kan robot cilik ni?
Nao menari beramai-ramai di Shanghai World Expo 2010
Nao sedang diajar bermain catur
Walaubagaimana hebat pun ciptaan manusia, namun ia masih lagi primitif jika mahu dibandingkan dengan ciptaan Tuhan yang paling hebat iaitu manusia. Tanpa manusia maka tiada lah robot. Tanpa Tuhan maka tiadalah manusia.
Walaubagaimana pun, dengan melihat ciptaan manusia yang sudah canggih ini pun sebenarnya makin menyedarkan kita betapa ciptaan Allah iaitu manusia sememangnya amat-amat canggih. Manusia boleh berkata-kata , mempunyai emosi yang original, dapat beranak-pinak, dapat membuat macam-macam benda termasuklah mencipta robot. Sungguh hebat ciptaan Allah dan ini baru di atas dunia, belum lagi di dalam syurga, masyaAllah :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)