Angi Nelson dari Bristol, Barat Daya England, telah mula mengambil gambar katak selepas dia didiagnos dengan penyakit ME (Myalgic Encephalomyelitis - sejenis penyakit saraf), menyebabkannya terpaksa berada di rumah sentiasa.
Walaupun begitu, dia telah berjaya merakamkan gambar-gambar katak yang berwarna-warni dengan pose-pose yang mengujakan, subhanAllah.
Angi Nelson banyak memenangi anugerah fotografi dan gambar-gambarnya banyak memasuki majalah, akhbar, kalendar, laman web BBC dan sebagainya.


















