Filem seram lucah dari Indonesia

Sabtu, 21 Mei 2011

Dari pemerhatian saya pun terutamanya dari video-video di Youtube, kebelakangan ini filem-filem dari Indonesia memang semakin panas. Amat berbeza dengan filem-filem lama dulu. Bukan saja dengan adegan-adegan mengghairahkan, tetapi juga pakaian semakin lama semakin tidak cukup kain.

Sepatutnya kerajaan Indonesia memberi penekanan lebih agar tidak membiarkan pembikin-pembikin filem semakin merajalela dengan adegan-adegan seks. Cuba tanya pembikin-pembikin filem tersebut termasuk artis-artis wanita yang terlibat itu sekali, adakah mereka tidak cukup duit untuk membeli kain?

Lagi pun jika sesuatu filem itu bermutu dan ada kualiti, tidak perlu guna daya tarikan seks pun sudah dapat menarik minat dan kepuasan orang. Tetapi bila ada menggunakan daya tarikan seks, nampak sangat seperti filem itu tidak kuat, perlu bantuan adegan ghairah dan wanita seksi untuk berdiri. Nggak bagus gitu dong!

Peringatan ini juga buat pembikin-pembikin filem Malaysia. Jangan sampai terlajak. :)

IPOH: Pelbagai filem seram berunsur lucah dari negara jiran, Indonesia dikesan mula membanjiri pasaran tempatan dengan kebanyakannya menggunakan gambar model wanita pelakon lucah sebagai tarikan utama.

Difahamkan, filem dalam bentuk cakera padat digital (DVD) cetak rompak itu menggunakan khidmat pelakon lucah dari Amerika seperti Tera Patrick selain pelakon porno Jepun terkenal, Miyabi.

Unsur erotik yang diketengahkan itu jelas dilihat pada kulit luar DVD cetak rompak itu apabila memaparkan pelakon separuh bogel dengan aksi mengghairahkan sebagai tarikan utama kepada pembeli.

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Leong, 20-an, berkata, sambutan memberangsangkan terhadap filem seram atau hantu dari Indonesia itu menyebabkan anggota sindiket berlumba-lumba mendapatkan salinan dari negara berkenaan.

Menurutnya, setakat ini, terdapat 30 judul filem seram dari negara jiran dengan 80 peratus mempunyai unsur seks selain memaparkan gadis seksi sebagai tarikan utama. [Harian Metro]


Artikel berkaitan: