Setiap hari dalam bulan ini, sekitar 20 hingga 45 minit sebelum matahari terbit, pemerhati langit akan mendapatkan kesempatan yang jarang diperolehi untuk menonton empat planet iaitu Utarid (Mercury), Kejora (Venus), Marikh (Mars), dan Musytari (Jupiter) berkumpul dekat di langit yang belum dilihat lagi pada abad ini.
Musytari, gergasi gas dan yang kedua paling terang dari kumpulan itu, akan meluncur Kejora terakhir pada tarikh 10 dan 11 Mei, membuat planet yang lebih besar itu mudah dilihat walaupun ianya menjadi kurang daripada satu perempat cerah planet Kejora. Yang paling mengesankan adalah bahawa kedua-dua planet itu akan dipisahkan hanya 0.5 darjah, bererti anda boleh dengan mudah menutupi keduanya hanya dengan ibu jari anda dalam lengan terentang.
Kemudian, pada tarikh 12 Mei, keempat planet ini akan berkumpul dalam 6 darjah antara satu sama lain di langit fajar. Ia sama dengan lebar 12 cakera bulan penuh sisi ke sisi , satu pemandangan yang cantik.
Utarid yang samar sedikit adalah planet yang ketiga terang dalam kumpulan itu, hanya bawah sebelah kanan dari pasangan Kejora dan Musytari. Tapi apa yang membuatnya menjadi sasaran mencabar adalah bahawa Utarid adalah lima hingga sepuluh kali lebih samar dari Musytari dan lebih dekat ke horizon. Planet terdalam akan tetap beberapa darjah ke kanan bawah Kejora cerah selama tempoh ini.
Namun, planet Marikh yang berwarna kemerahan adalah paling sukar untuk dicari kerana hanya satu per seratus terang Kejora. Planet merah itu bermula sangat rendah di langit, tapi akhirnya menangkap dengan Utarid dan Kejora berpasangan dalam minggu ini. Bagus untuk melihatnya dengan menggunakan binocular.
Meskipun kesejajaran planet ini boleh diperhatikan dari seluruh dunia, pandangan terbaik akan berpusat di sekitar kawasan tropika, di mana planet akan bersinar terang dan lebih tinggi di langit subuh.
Tidak kira di mana anda berada, nasihat yang paling penting adalah untuk mendapatkan paparan jelas yang tidak terhalang dari ufuk timur rendah 30 hingga 45 minit sebelum matahari terbit di tempat anda.
Pertemuan planet yang bergemilauan ini akan mula bubar dalam separuh kedua Mei, tetapi sebagai acara akhir persembahan di langit ini, bulan sabit yang akan muncul nanti akan menambah suasana yang cantik antara 29 - 31 Mei, posing dengan Musytari dan kemudian Kejora.
Pemerhati langit sudah tidak melihat barisan pagi kosmik seperti ini sejak tahun 1996! Dan jika anda terlepas yang ini, anda akan perlu menunggu lama lagi, kerana kesejajaran planet seterusnya yang akan melibatkan kesemuanya termasuk dengan bulan, tidak akan berlaku hinggalah 8 September 2040 pula.
[National Geographic]
p/s: Patut lah bila saya bangun pagi akhir-akhir ini saya tengok ada beberapa bintang besar di kaki langit sebelum matahari naik. Mungkin planet-planet itu lah , hhhmmmmmm .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)