Berita Terkini

Mr. Bean juga dijemput ke pernikahan diraja British

Senarai lengkap para tetamu telah disahkan dan rencana tempat duduk untuk perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton telah dikeluarkan oleh monarki British hari Sabtu.

Pernikahan akan disaksikan oleh 2000 tetamu di dalam gereja berusia 1000 tahun iaitu Biara Westminster.

Turut diundang diantaranya dari kalangan selebriti seperti Sir Elton John, David Beckham dengan Victoria Beckham, serta pelakon filem lucu iaitu Mr Bean, Rowan Atkinson.

Mr Bean dikatakan adalah kawan rapat ayah Williams iaitu Putera Charles. Manakala Beckham pula ada hubungan baik dengan Putera Williams.

Turut diundang adalah dari kalangan tentera yang pernah bertugas di Afghanistan.  Keluarga pimpinan skuadron angkatan udara British di Wales Utara tempat Putera Williams bertugas satu diantaranya.

Putera Williams juga mengundang keluarga dua rakan terdekatnya serta beberapa keluarga dari mereka yang meninggal dunia dalam bertugas.

Akan turut hadir adalah para ahli politik utama British. Perdana Menteri David Cameron bersama anggota kabinet serta pemimpin pembangkang Ed Miliband dipastikan hadir.

Ahli politik luar negara Britain tidak diundang, termasuklah Presiden Barack Obama sekalipun.

Queen Elizabeth II dan ahli keluarga diraja yang lain akan duduk di barisan hadapan seberang lorong susunan kerusi dari keluarga Middleton. Mereka akan paling dekat dengan tempat suci biara, di mana William dan isterinya akan berdiri.

Lebih daripada 46 kerabat diraja asing duduk di belakang kerabat diraja British itu. Mereka termasuk Putera Mahkota Bahrain, Salman bin Hamad Al Khalifa dan dari negara-negara seperti Arab Saudi, Denmark, Norway, Sepanyol, Thailand dan Morocco.


[BBC , MSNBC]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.