Kereta 'biodegradable' yang diberi nama The Phoenix ini direkabentuk oleh Kenneth Cobonpue dan Albrecht Birkner dan dibina dalam masa 10 hari sahaja gabungan buluh, rotan, besi dan nylon. Maka ia telah menjadi kereta buluh dan rotan yang pertama di dunia.
Projek ini cuba untuk mengungkap masa depan kenderaan hijau menggunakan kulit yang ditenun dari serat organik digabungkan dengan bahan komposit dan disokong oleh teknologi hijau," kata Cobonpue.
Kulit biodegradable The Phoenix direka untuk bertahan selama mana waktu seseorang itu menyimpan kereta (5 tahun di negara-negara industri, 10-20 tahun di tempat lain) sehingga kereta tidak mencipta sisa yang tidak perlu dengan bertahan lebih lama dari pemilik memerlukannya.
Kulitnya boleh digantikan dengan murah jika pemilik berkeinginan untuk menjaga kereta mereka lagi, dan rangka Phoenix boleh dengan mudah disesuaikan dengan keperluan pelanggan individu. Tidak diketahui lagi apa enjin atau motor yang akan memberi kuasa kepada kereta hijau ini.
[Inhabitat]
Waw. . .keren .. . sekaligus untuk menyelamatkan bumi kita.
BalasPadamdari GLOBAL WARMING. .
Waw. . .keren .. . sekaligus untuk menyelamatkan bumi kita.
BalasPadamdari GLOBAL WARMING. .
gua masih ingat yg ni,pernah masuk dalam majalah infinitity...tahun ni,
BalasPadam