Berita Terkini

Hati-hati lah dengan propaganda Hari Kiamat berlaku 21 Mei 2011 atau 21 Disember 2012

Ramalan tentang bila berlakunya kiamat telah kononnya diramalkan oleh beberapa kaum etnik di dunia sebelum ini dan juga diramal sendiri oleh saintis. Mereka mengatakan kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.

Tetapi baru-baru ini muncul pula satu risalah dari sekelompok fahaman Kristian di Amerika Syarikat. Salah seorang penganutnya iaitu Marie Exley, juga seorang veteran dalam Angkatan Tentera AS, sibuk menyebarkan dakyah ini, tetapi mereka mengatakan Hari Penghakiman akan berlaku pada 21 Mei 2011 ini.

Exley ialah seorang anggota gereja yang berkhutbah melalui siaran radio dan Internet. Kelompok ini membuat ramalan berdasarkan kepada kajian mereka di dalam AlKitab / Bible.

"Ramai orang mungkin fikir, kiamat akan datang, mari kita rayakan. Tetapi Tuhan kita telah perintahkan untuk memberi amaran," kata Exley. "Saya boleh jadi seperti orang lain, tetapi lebih baik untuk mengetahui bila kiamat datang, anda tahu, anda akan selamat."




Dakyah ini bukan sahaja berlaku di sana, tetapi menurut akhbar Harakah Daily, telah sampai ke Malaysia juga.

*Update : 25 Mei

Sila baca tajuk  Tak jadi Kiamat 21 Mei, tukar ke 21 Oktober pulak!



Ramalan kaum Maya

Kaum Maya sebelum ini meramalkan bahawa Bumi akan dihancurkan sekali pada setiap 3740 tahun. Kehidupan di Bumi ini menurut mereka sudah dihancurkan 4 kali, bermakna generasi sekarang ialah generasi yang kelima.

Pengiraan itu berdasarkan kepada kalendar kaum Maya itu sendiri yang diberi nama Long Count Calendar. Long Count Calendar ialah sebuah papan batu berbentuk bulat keping, yang juga digelar sebagai Aztec Stone.

Dari kalendar itulah kemudiannya ia dinyahkod kan dan menjadi satu ramalan. Kemudian ianya mula menjadi satu kepercayaan bahawa 21 Disember 2012 akan berlakunya 'kiamat' kerana kalendar itu berakhir pada tarikh tersebut.

Walaubagaimana pun, pernah dilakukan temuramah dengan beberapa orang Maya yang mengetahui tentang perkara ini dan ramalan ini 'tidak diakui' oleh mereka.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa teori itu dikembangkan oleh idea barat, bukannya kaum Maya.


Ramalan saintis

Saintis Astronomi AS juga meramalkan tarikh yang sama iaitu 21 Disember 2012 akan berlaku satu malapetaka besar di atas muka Bumi ini. Ini kerana menurut mereka, tarikh itu akan berlakunya jajaran galaktik (Galactic alignment),  iaitu satu keadaan di mana matahari akan sejajar dengan pusat galaksi Bima Sakti semasa Solstis Musim Sejuk bulan Disember.

Dengan kata lain, matahari, bumi, bulan dan planet-planet lain ketika itu akan sejajar dengan garisan 'Galactic beam' iaitu titik pusat Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy).

Kesan dari kejadian itu kononnya akan berlakunya pemanasan yang dasyat di atas muka bumi ini, yang ada yang mengatakan suhu di permukaan bumi ini boleh mancapai sehingga 200 darjah celcius lebih. Kerana itulah sekarang ini banyak usaha untuk menggali lubang bawah tanah di Amerika Syarikat sebagai tempat persembunyian golongan elit dan mereka-mereka yang tertentu nanti.





[Aolnews , CNN]


Hari Kiamat menurut AlQuran dan Hadith

Di dalam Islam, tiada siapa yang akan tahu bila berlakunya Hari Kiamat melainkan hanya Allah S.w.t sahaja yang tahu. Ini bermakna, jika kita percaya kepada suatu pendapat mengatakan ada tarikh tertentu akan berlaku kiamat, maka menjadi masalah kepada Aqidah kita pada ketika itu.

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.” (Surah Luqman : Ayat 34)

Hanya Allah sahaja Yang Maha Tahu. Kita sesekali tidak boleh membuat andaian bila tarikh berlakunya kiamat kerana ia melibatkan persoalan alam ghaib. Lagi pun sudah dinyatakan dengan jelas (muhkam) oleh Allah S.w.t dalam AlQuran bahawa hanya Dia yang mengetahuinya.

Adakah kemungkinan kiamat berlaku pada May 2011 atau Disember 2012? Tidak perlu lah kita persoalkan kemungkinannya. Kerana jika kita mahu persoalkan tentang kemungkinan, bila-bila masa pun Allah boleh melakukan Hari Kiamat.

Tetapi kita perhatikan lah AlQuran dan Hadith sekiranya kita seorang Muslim, dan AlQuran dan Hadith tidak boleh kita ragui walaupun sedikit.

Sabda Nabi Muhammad S.a.w yang bermaksud, "Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan semasa tidak ada di dunia selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk)". [Hadith Riwayat Muslim dan Imam Ahmad].

Dalam sebuah hadith bermaksud, "Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan Allah, Allah." [Hadith Riwayat Imam Muslim]

Dan banyak lagi hadith-hadith lain berkenaan Kiamat. Dari hadith-hadith di atas sahaja kita sudah nampak, betapa di dunia ini sekarang masih ramai lagi yang menyebut nama Allah, bahkan Islam semakin tersebar dan gemilang pada saat ini.

Apatah lagi Dajjal pun masih belum keluar, Nabi Isa a.s pun masih belum kembali dan banyak lagi tanda-tanda akhir sebelum berlaku kiamat masih belum berlaku. Yang sudah berlaku kesemuanya sekarang hanyalah tanda-tanda awal berlakunya Kiamat.

Maka pesan saya, hati-hati lah dalam menerima berita mengenai Kiamat ini, kerana ianya melibatkan soal Aqidah, bukannya soal remeh-temeh. Tidak perlu lah kita percaya bulat-bulat kepada semua ramalan yang disebutkan di atas tentang tarikh tepat berlaku Kiamat itu.  Tetapi jika pada tarikh tersebut berlaku satu bala bencana besar yang bukannya kiamat, itu adalah tidak mustahil.  Wallahu a'lam :)


Propaganda dan agenda di sebalik Kiamat 2012

Dari apa yang saya kaji dan nampak, peristiwa Kiamat 2012 ini hanyalah propaganda dan agenda dari kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya sahaja, agar misi mereka untuk menakluki dunia secara total nanti menjadi semakin mudah.

Mereka juga mengkaji tentang Islam dan tahu sensitiviti umat Islam. Apa lagi jika disebut tentang akan berlaku Kiamat, nanti akan ramailah mereka-mereka yang sudah malas berusaha dan akan bertumpu kepada tikar sejadah selama 24 jam.

Sedangkan Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya tidak berusaha untuk mencari rezeki dan memberi kemaslahatan pada umat. Kita ada hukum Fardhu Ain dan juga Fardhu Kifayah yang wajib ditunaikan.

Kemudiannya, tidak mustahil tahun 2012 itu akan keluarnya salah seorang manusia yang ditangguhkan kematiannya secara nyata ke muka Bumi ini iaitu AlMasikh AdDajjal. Kerana menurut dari hadith-hadith nabi, Dajjal nanti mula-mula akan mengaku sebagai nabi, dan akhirnya akan mengaku sebagai tuhan.

Kita perhatikan, umat Kristian sekarang ini juga menunggu kedatangan kembali Yesus / Nabi Isa a.s. Maka tidak mustahil perancangan untuk tahun 2012 ini adalah rancangan Dajjal untuk muncul dan mengaku sebagai Nabi Isa a.s.

Dan tidak mustahil juga 2012 itu adalah tahun turunnya Nabi Isa a.s semula ke muka bumi ini. Sepertimana juga yang telah dijawab oleh Harun Yahya (Adnan Oktar) setelah ditanya tentang persoalan ini. 

Maka bukan umat Islam sahaja yang mempunyai sensitiviti terhadap perkara ini, malah umat Kristian juga. Dengan ini mudah lah nanti mereka menundukkan rakyat mereka yang beragama Kristian. 

Tambah lagi, ada kajian yang mengatakan bahawa tahun 2012 ini adalah tahun dimana NWO (New World Order) akan direalisasikan. Dan mungkin juga satu perang yang terbesar dalam sejarah akan berlaku.

Dan kemungkinan besar juga ramalan-ramalan oleh kaum Maya, Inca, Mesir, I-Ching, Nostradamus dan sebagainya itu hanyalah propaganda dari mereka-mereka yang mahu mewujudkan NWO ini juga.

Yang pasti, dengan semua hal ini kita tidak perlu takut. Umat Islam yang yakin dengan kuasa Allah tidak perlu takut dengan propaganda-propaganda ini. Kita hanya perlu takut pada Allah S.w.t sahaja. Lagi pun, tidak perlu kita tunggu kiamat yang besar, kerana kiamat kecil (mati) bila-bila masa akan menjenguk kita.

Dan kiamat kecil itu lagi dasyat sebenarnya, kerana biasa nya manusia akan menghadapinya seorang diri. Wallahu a'lam .......


3 ulasan:

  1. Preacher Harold Camping Gets Doomsday Prediction Wrong Again

    So it seems Harold Camping's latest prediction that the world will end Saturday, May 21, 2011, is proving to be false.

    The deadline for the apocalypse passed in the Pacific islands, New Zealand and Australia without a bang.

    According to the Christian broadcaster, Judgment Day was supposed to bring a massive earthquake, powerful enough to throw open graves, followed by a slow death for all non-believers over the next five months across the globe. He went on to say only 200 million people will be saved and those left behind will die in earthquakes, plagues, and other calamities until Earth is consumed by a fireball on October 21.

    This wouldn't be the first time Camping was wrong.

    In 1992, Camping wrote a book titled "1994?" about the world coming to an end that year.

    He says his predictions are based on taking direct quotes and stories from the Bible and applying them to numerological formulas. May 21, 2011 is exactly 7,000 years since the flood in the biblical story of Noah's Ark.

    The doomsday message has been sent far and wide via broadcasts and web sites by Camping, an 89-year-old retired civil engineer who has built a multi-million dollar nonprofit ministry based on his apocalyptic prediction.


    [Fox News]

    BalasPadam
  2. Ternyata, Harold Camping hanya mencari populariti dan membuat duit banyak sahaja dengan propaganda Hari Kiamat yang dicetuskannya itu.

    Bijak sungguh orang tua ni! Bijak menipu!

    BalasPadam
  3. Hanya ayat2 dari AlQur'an, ayat2 Allah, yang benar dan wajib dipercayai. Yang lain tu boleh buat dek jer lah.

    Dari petikan di atas tu: "200 million people will be saved">> tu kira orang2 Kristian lah dan "those left behind will die in earthquakes.....">> tu kira yang bukan Kristians (seperti kita lah). Menurut ramalan2 dari bible tu hanya orang2 Kristian yang akan selamat pada Judgement Day dan lima bulan selepas itu mereka2 yang bukan Kristian akan mati sehingga bumi ini hancur pada 21 Oct.

    Hmmm.. macam ada yang tak kena kan dengan ramalan2 tu?

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.