Berita Terkini

Gempa bumi di Jepun, Taiwan, New Zealand, Australia , Argentina dan juga Mexico

Empat negara termasuk Jepun, Taiwan, New Zealand dan Australia dilanda gempa bumi pada kekuatan 5.2 hingga 6 skala Richter awal semalam dan gegarannya turut dirasai di beberapa bandar besar.

Gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter dikesan di wilayah Kanto, kawasan mengelilingi ibu kota Tokyo pada jam 11.19 pagi waktu tempatan, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Agensi berita Kyodo melaporkan, pusat gempa itu terletak 70 kilometer di kawasan selatan wilayah Tochigi, katanya. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Loji nuklear Fukushima yang terletak di utara wilayah Ibaraki melaporkan tiada masalah besar setakat ini dan air terus dipam ke reaktornya, kata Tokyo Electric Power Co (TEPCO).

Bagaimanapun, perkhidmatan kereta api laju Shinkansen dihentikan buat sementara di antara Tokyo dan Odawara, wilayah Kanagawa, selepas bekalan elektrik terputus, kata Central Japan Railway Co.

Satu lagi gempa berlaku lebih awal iaitu di Pulau Honshu pada kekuatan 6 skala Richter dan gegarannya turut dirasai di Tokyo.

Di Taipei, Biro Cuaca Tengah Taiwan berkata, gempa bumi berskala sederhana dengan bacaan 5.7 skala Richter melanda pantai timur laut pulau itu tetapi tiada sebarang kemusnahan dilaporkan.

Gempa bumi itu berlaku jam 9.11 pagi di tengah laut kira-kira 250 kilometer pantai timur laut ibu negara, Taipei dengan kedalaman 140 kilometer.

Di Australia, beberapa bandar di timur lautnya termasuk Townsville, Queensland turut merasai gegaran akibat gempa bumi yang dengan 5.2 skala Richter yang terjadi kira-kira 9.6 kilometer di bawah dasar laut, kira-kira 128 kilometer dari bandar pesisir pantai itu.

“Anak perempuan saya ketakutan hingga duduk di sebelah saya sambil melihat tingkap rumah bergegar,” kata ahli perbandaran Townsville, Natalie Marr.

Selain itu, gempa bumi dengan kekuatan 5.2 skala Richter turut melanda New Zealand bertempat di bandar Christchurch yang menyebabkan bekalan elektrik terpaksa dihentikan kepada beribu-ribu rumah.

Gegaran terbaru, bagaimanapun, jauh lebih lemah berbanding yang terjadi pada 22 Februari lalu yang menyebabkan 169 orang terbunuh.


[Berita Harian]


Gempa bumi di Mexico

Gempa bumi dengan magnitud 4.5 dan kedalaman 150.4 km (93.5 batu) berlaku di Oaxaca, Mexico pada hari ini iaitu 17 April 2011.


Gempa bumi di Argentina

Gempa bumi dengan magnitud 4.7 dan kedalaman 563.9 km (350.4 batu) berlaku juga di Santiago Del Estero, Argentina hari ini.


Untuk mengikuti perkembangan gempa bumi dunia secara 'live' / 'real time' , anda boleh lah klik link di bawah ini


- Gempa bumi skala kecil: M2.5/4.5+ worldwide earthquake list
- Gempa bumi skala besar: M5+ worldwide earthquake list


[USGS]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.