NASA menerbitkan gambar pertama yang diambil dari permukaan planet Utarid (Mercury) oleh pesawat mengorbit Messenger milik agensi angkasalepas Amerika Syarikat.
"Awal pagi Selasa, jam 5:20 EDT (0920 GMT), Messenger telah menangkap gambar bersejarah planet Utarid ini," kata NASA.
"Gambar ini adalah yang pertama pernah diperolehi dari pesawat ruang angkasa yang mengorbit sekitar planet sistem suria yang terdalam dekat dengan matahari ini."
Pesawat ruang angkasa ini merakam sebanyak 363 foto selama enam jam berikutnya, dan lebih banyak diharapkan akan dikeluarkan pada hari Rabu , pada masa yang sama dengan sidang akhbar para pakar untuk membincangkan penemuan tersebut.
Bahagian atas foto menunjukkan kawah cahaya-gelap yang luar biasa disebut Debussy, sedangkan bahagian bawahnya mendedahkan sebahagian kutub selatan planet Utarid yang belum pernah disaksikan oleh pesawat ruang angkasa, kata NASA.
Pesawat MESSENGER NASA - iaitu ringkasan dari MErcury Surface, Space ENvironment, GEochemistry, and Ranging - menjadi pesawat pertama yang mengorbit Utarid pada 17 Mac.
Messenger dilancarkan lebih dari enam tahun yang lalu, perjalanan melalui sistem suria bahagian dalam dan memulakan penerbangan pengkajian di Bumi, Kejora (Venus) dan Utarid.
Pesawat NASA pertama untuk mengkaji planet Utarid sejak misi Mariner lebih daripada tiga dekad lalu, Messenger sudah boleh mengembalikan sebahagian peta permukaan planet yang penuh kawah selepas hanya beberapa penerbangan pengkajiannya.
Sumber dari AFP
Sumber dari AFP
Video dari ITN
~ Blog berita aneh, pelik, misteri, unik ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)