Presiden Barack Obama menyalahkan bencana kegagalan sistem bagi serangan pengganas Hari Krismas ke atas Detroit sebagaimana pegawai-pegawai memberi amaran kepada pengembara melalui udara yang memasuki AS boleh dipaksa untuk menjalani 'virtual strip searches', iaitu mesti melalui mesin pengimbas yang dapat melihat menembusi pakaian seseorang .
Penggunaannya mungkin akan menjadi meluas di seluruh negara itu selepas kegagalan pengebom yang cuba meletupkan sebuah pesawat penumpang yang hampir untuk mendarat.
Mesin-mesin teknologi gelombang 6 milimeter ini sudah digunakan untuk penyaringan utama di lapangan terbang di bandar-bandar termasuklah Las Vegas, Miami dan San Francisco.
Pengimejan seluruh tubuh - bagaimana cara kerjanya
- Teknologi gelombang milimeter (MMW - Milimeter Wave Technology) boleh melihat menembusi pakaian untuk mendedahkan objek logam dan bukan logam, termasuk senjata atau bahan letupan plastik. Ia juga mendedahkan silhouette seseorang dan garis-garis pakaian dalam.
- Teknik ini melantunkan gelombang frekuensi radio dari mereka-mereka yang diimbas untuk membina sebuah gambar 3-D dalam beberapa saat.
- MMW scan sengaja mengaburkan ciri wajah, dan petugas keselamatan memaparkan gambar dengan duduk di lokasi terpencil di mana dia tidak dapat mengenal pasti para penumpang.
- Para petugas tidak boleh mencetak, mengeksport, menyimpan atau menghantar gambar
- Agensi Keselamatan Pengangkutan AS juga menguji teknologi backscatter yang mana menggunakan sinar-X tahap rendah untuk membuat gambar dua sisi.
Sumber - Agensi Keselamatan Pengangkutan AS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)