Seekor spesies baru labah-labah di Daerah Arava , Israel telah ditemui oleh pasukan saintis dari Jabatan Biologi di Universiti Haifa-Oranim. Spesies ini dijumpai di bukit pasir Samar.
Labah-labah ini dinamakan Cerbalus aravensis, dikatakan sebagai labah-labah terbesar yang boleh ditemui di daerah tertentu di Timur Tengah, tetapi malang habitatnya kian terancam.
Para penyelidik mengatakan bahawa jangkauan kaki labah-labah ini boleh mencapai hingga 14 cm. Labah-labah ini dikesan secara lumrahnya aktif pada waktu malam. Tidak banyak maklumat atau bahan kajian yang ada pada masa ini.
Walaupun populasi yang tepat juga tidak diketahui, namun para saintis tahu bahawa labah-labah ini sebahagian besarnya aktif pada bulan-bulan panas dalam setahun dan membina sarang bawah tanah.
Via - Thai Indian, Physorg
Photos by Yael Olek, courtesy of the University of Haifa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)