Gerhana bulan separa baru sahaja berlangsung malam tadi di daerah Asia kita ini. Ramai yang terlepas untuk melihatnya di setengah-setengah tempat, memandangkan awan yang cukup banyak menyelimuti langit dan kemudian diikuti dengan hujan yang menggelapkan lagi peluang untuk melihat gerhana tersebut.
Walaubagaimana pun, peminat-peminat gerhana tidak perlu kecewa, kerana ada satu lagi peluang untuk melihat gerhana yang lagi menarik rasanya, iaitu Gerhana Matahari cincin (annular) pada 15 Januari ini, insyaAllah. Ianya adalah fenomena gerhana anulus matahari dengan magnitud 0.9190. Ia akan dapat dilihat sebagai separa ditenggelamkan di kebanyakan daripada Afrika, Eropah Timur, Timur Tengah dan Asia.
Gerhana matahari cincin berlaku kerana bulan tidak sepenuhnya menutupi matahari yang menyebabkan ada sedikit cahaya matahari yang masih dapat kelihatan di kelilingnya. Itulah yang akan dapat dilihat seolah-olah berbentuk cincin.
Walaubagaimana pun, di Malaysia , Indonesia, Singapura dan negara-negara di rantau ini mungkin tidak akan dapat melihat gerhana cincin tersebut. Kita mungkin hanya akan melihat gerhana separuh juga. Gerhana cincin itu hanya akan melintasi Afrika bahagian selatan, India, Thailand dan China. Kawasan yang terbaik ialah di negara India, terutamanya di Dhanushkodi dalam Pulau Pamban di pantai Tamil Nadu.
Gerhana matahari itu nanti akan berlaku pada waktu Indonesia antara pukul 4 - 5 petang. Waktu Malaysia dan Singapura saya masih belum pasti bila ianya berlaku.
Sunat solat ketika berlaku gerhana
Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari sama ada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkad atau pun sunat yang digalakkan.
Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dengan kamu."
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Apa kah significance di sebalik gerhana ni yer selain dari phenomena alam?
BalasPadamSalaam. Dalam maksud hadith di atas pun ada sih, ianya sebagai tanda kebesaran Allah
BalasPadamJuga peluang untuk mendapat pahala iaitu dengan solat sunat
Juga sebagai peringatan kepada manusia yang sentiasa lupa
Juga sebagai sajian mata kepada manusia yang suka melihat perkara-perkara ganjil dan pelik
Juga sesuai difotokan dan divideokan
Juga bla bla bla .......
Salaam. Dalam maksud hadith di atas pun ada sih, ianya sebagai tanda kebesaran Allah
BalasPadamJuga peluang untuk mendapat pahala iaitu dengan solat sunat
Juga sebagai peringatan kepada manusia yang sentiasa lupa
Juga sebagai sajian mata kepada manusia yang suka melihat perkara-perkara ganjil dan pelik
Juga sesuai difotokan dan divideokan
Juga bla bla bla .......