AMERIKA SYARIKAT - Seorang nenek berusia 98 tahun penghuni rumah orang-orang tua telah dituduh dengan pembunuhan tahap dua kerana dituduh mencekik teman sebiliknya yang berusia 100 tahun.
Laura Lundquist dari Massachusetts, AS dituduh membunuh Elizabeth Barrow (gambar di sebelah kiri), yang ditemui mati di biliknya di Dartmouth pada 24 September dengan beg plastik di atas kepalanya.
Polis pada mulanya menyangka Puan Barrow telah membunuh dirinya sendiri tetapi pemeriksa perubatan menyatakan itu pembunuhan selepas bedah mayat menyatakan bahawa dia telah dicekik.
Scott Barrow, anak lelaki mangsa, mengatakan, bahawa Lundquist membuat kenyataan mengancam kepada ibunya. Puan Lundquist sudah sering mengeluh bahawa teman sebiliknya terlalu banyak pelawat.
"Ibu saya sangat dikasihi. Dia juga mengasihi semua orang di rumah orang tua itu. "Dia punya rutin sehari-hari di mana dia akan naik dan menyusuri lorong dan memeluk orang-orang yang tidak seberuntung seperti dia."
Hakim negeri mengarahkan Puan Lundquist ke hospital tempatan di mana doktor akan menilai kemampuannya sebelum ia diseret, menurut media tempatan di sana.
Dia diyakini sebagai terdakwa pembunuhan yang tertua dalam sejarah Massachusetts. Namun, kesnya mungkin tidak dibawa ke mahkamah kerana masalah mentalnya.
Sumber - Sky News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)