Lingkaran tanaman / Crop Circles adalah pola-pola yang dicipta dengan meratakan tanaman (meskipun setidaknya satu telah ditemui di Russia menggunakan salji dan ais); istilah ini pertama kali digunakan oleh penyelidik Colin Andrews untuk menggambarkan lingkaran-lingkaran sederhana yang beliau teliti.
Namun, sejak awal tahun 90-an Crop Circles telah berevolusi menjadi geometri kompleks, tetapi istilah "lingkaran" masih diterapkan saat menjelaskan pola-pola yang tidak biasa ini. Pada tahun 1990 juga istilah ini telah memasuki Kamus Oxford.
Ia adalah bentuk tenaga harmonik yang teratur terdiri daripada cahaya, bunyi dan magnet yang nyata secara fizikal sebagai pola-pola geometri ketika mereka berinteraksi dengan dunia fizikal kita. Hingga saat ini, 10,000 Crop Circles telah dilaporkan di 29 negara, dan telah muncul dalam medium seperti gandum, barley, canola, pokok, ais, sawah-sawah, bahkan biji rami.
Bertentangan dengan persepsi popular, Crop Circles bukan fenomena moden. Mereka disaksikan oleh polis dan petani sejak 1890, mereka ada dalam cerita rakyat berkurun-kurun dari Afrika Selatan dan China, dan disebutkan dalam teks-teks akademik abad ke 17.
Gambar yang terawal dirakam menyerupai lingkaran tanaman digambarkan dalam sebuah pamflet ukiran kayu Inggeris diterbitkan pada 1678 yang dipanggil "Mowing-Devil" atau "Syaitan yang memotong". Gambar itu menunjukkan Syaitan dengan sabit besar sedang memotong bentuk oval di ladang oat.
Banyak penjelasan telah dibuat berkenaan bagaimana lingkaran ini muncul, termasuk pembentukan oleh UFO. Namun, sebahagian besar di antaranya diyakini buatan manusia. Sebuah kajian pada penipuan lingkaran (2000) menyimpulkan bahawa 80 peratus daripada lingkaran itu di United Kingdom jelas buatan manusia, tetapi peratusan ini mungkin telah meningkat sejak laporan yang diterbitkan.
Ada juga beberapa kes penampakan UFO di tempat-tempat berlakunya Crop Circles. Walaupun begitu ianya tidak membuktikan bahawa ia adalah kerja dari makhluk asing kerana piring-piring terbang / UFO itu sendiri yang biasa dijumpai adalah milik Illuminati. Mereka telah memajukan teknologi anti-graviti dan ianya telah dimulakan sejak dari dulu lagi. Antara teknologi anti graviti tersebut ialah;
- Hutchison Effect antigravity
- Magnetic levitation ( Gertsenshtein Effect antigravity )
- De Aquino’s ELF (Extra Low Frequency ) anti gravity
- Mercury Plasma antigravity
- Searl Effect antigravity
- Einstein’s UFT ( Unified Field Theory ) Antigravity
- Hutchison Effect antigravity
- Magnetic levitation ( Gertsenshtein Effect antigravity )
- De Aquino’s ELF (Extra Low Frequency ) anti gravity
- Mercury Plasma antigravity
- Searl Effect antigravity
- Einstein’s UFT ( Unified Field Theory ) Antigravity
Saintis-saintis NAZI di Jerman pun ramai yang membangunkan teknologi ini dengan pelbagai bukti ilmiah dan bergambar.
Crop Circle di Switzerland
Sila baca juga Fizik mungkin rahsia di sebalik Crop Circle
Sumber
1 - cropcirclesecrets.org
2 - Ian Brockwell
3 - Wikipedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)