Gambar-gambar yang menakjubkan ini diambil daripada filem yang memakan masa selama 4 tahun untuk disiapkan dan kos yang amat besar iaitu £45 juta untuk memproduksinya, dibuat dengan menggunakan teknologi yang terkini.
Filem selama 500 jam ini tidak diedit dan kameranya dikendalikan menggunakan remote mini helikopter, penyelam-penyelam, kamera hidrodinamik diseret di belakang bot dan kelajuan tertinggi, dan dengan berhati-hati mengikat tiang-tiang.
Ikan lumba melompat atas air
Helikopter mini kawalan jauh digunakan untuk mengikuti pergerakan ikan paus ini
Penyelam mesti berhati-hati melalui celah-celah obor-obor berbisa ini
Ketam-ketam kasut-kuda (horseshoe crabs) membenamkan diri di pantais
Penyelam kelihatan terlalu kecil jika dibandingkan dengan ikan matahari ini
Burung-burung camar laut menjunamkan diri ke dalam air untuk menangkap ikan
Dua ekor singa laut California menari-nari berdekatan dengan terumbu karang
Ikan paus bongkok (humpback whale) tercengang melihat orang mengambil potretnya
Ikan-ikan makerel kuda (horse mackerel) membuat formasi membentuk seperti bulatan
Sebuah kren untuk membawa kamera dimuatkan dalam bot kecil untuk memfilemkan ikan paus
Sumber - DailyMail
"Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah kepadaNya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya, masing-masing telah mengetahui (cara) shalat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." Surah An Nuur : Ayat 41
"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing-masing Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak), dan Kami mudahkan gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-sama Dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu." Surah Al Anbiyaa' : Ayat 79
"Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa, dan bayang-bayang mereka, pada waktu pagi dan petang." Surah Ar Ra'd : Ayat 15
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu, pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu. maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Surah Al Maa'idah : Ayat 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)