Saksikanlah bagaimana katak 'Strawberry Poison Arrow' yang sebesar ibu jari tangan manusia ini menjaga telur2 nya dengan baik, kemudian menyelamatkan 6 ekor anaknya dari tempat yang kurang air dan menempatkan mereka di tempat yang selamat dan selesa. Dia memikul seekor demi seekor anak2nya di atas belakangnya, memanjat pokok untuk meletakkan mereka di dalam lopak air pada pokok yang menumpang di atas pokok yang besar dan tinggi. Dia memberikan anak2 nya makan telur-telurnya yang tidak subur kerana di dalam lopak air itu tidak ada makanan untuk mereka makan dan membesar.
Sumber video - BBC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)