Batu karang adalah sebarang organisma laut yang tidak bertulang belakang, yang tergolong di dalam kelas Anthozoa (filum Cnidaria) yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu rangka (di dalam atau di luar), yang berbentuk seperti batu, duri, atau seperti kulit. Ini termasuklah yang membina terumbu di lautan tropika.
Batu karang juga dapat dimaksudkan dengan rangka kepada 'haiwan-haiwan' ini, terutamanya batu-batu karang yang berbentuk seperti batu. Terdapat lebih kurang 1000 spesies batu karang yang menyerupai batu, lebih kurang 100 spesies jenis yang berduri dan hitam, yang digelar Antipatharia; lebih kurang 1200 spesies jenis berduri atau gorgonian (Gorgonacea); dan batu karang biru (Coenothecalia).
Walaupun batu karang dapat menangkap plankton menggunakan sel sengatan pada tentakelnya, haiwan ini mendapat sebahagian besar zatnya dari alga satu-sel simbiotik yang dipanggil zooxanthellae. Akibatnya, kebanyakan batu karang bergantung kepada cahaya matahari dan tumbuh di air yang jernih dan cetek, lazimnya di kedalaman tidak melebihi 60 m (200 ka). [Wikipedia]
Banyak karang yang terbentuk dari proses abiotik iaitu pengendapan pasir, hakisan gelombang atas cadas hingga bertompok-tompok, dan proses alami lainnya. Namun karang yang paling banyak dikenal adalah batu koral di perairan tropika yang berkembang melalui proses biotik yang didominasi juga oleh ganggang. [Wikipedia]
"(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." Surah Aali Imraan : Ayat 191
Foto-foto batu karang di Hawaii / Corals in Hawaii photos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)