Ada banyak laman web yang menawarkan servis untuk mendownload fail-fail video dari internet secara percuma. Laman-laman seperti Youtube, Daily Motion, Google Videos, Break, iFilm dan sebagainya boleh didownload videonya secara online. Bagi saya, lebih baik kita download secara online daripada kita install software untuk download ke PC kita. Sekurang-kurangnya kita terhindar dari risiko dimasuki spyware atau virus melalui software tadi.
Di bawah ini adalah beberapa laman yang berfungsi baik bagi saya;
Vixy.net (boleh menukar terus ke format avi, mp4, 3gp dan mp3)
Keepvid.com
VideoDL.org
Savevideodownload.com

Menukar dari flv ke avi
Untuk menukar fail dari format flv (Flash Video) , anda boleh mendownload Any Video Converter . Hanya download, install dan jalankan software yang amat mudah dan ringkas itu.
Mengapa perlu tukar fail flv ke avi? Ini kerana fail flv hanya boleh dimainkan di dalam FLV Player sahaja dan kita perlu menginstallnya secara khusus. Tetapi fail avi boleh dimainkan di dalam kebanyakan player lain yang popular seperti Windows Media Player, Winamp, Divx player dan sebagainya.
Dan satu sebab lain yang menarik adalah apabila anda menukarnya ke format avi umpamanya, anda boleh menggabungkan fail-fail video yang dipecahkan kepada beberapa bahagian menjadi satu. Kerana setakat yang saya tahu, tidak ada lagi software yang dapat menggabungkan fail-fail flv menjadi satu.
Dengan Any Video Converter ini sendiri pun anda boleh download video dari Youtube dengan memasukkan link video ke dalamnya.
Gabungkan beberapa fail avi menjadi satu
Jika anda mendownload fail-fail video dalam bentuk pecahan atau bahagian-bahagian, ketahuilah bahawa anda boleh jadikannya sebagai satu fail. Anda boleh gabungkannya dengan perisian MediaJoin 3.0. Ianya boleh didapati percuma dan penggunaannya juga amat mudah dan ringkas.
Sebagaimana kita sedia maklum, fail-fail video di Youtube banyak yang dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian, terutamanya bagi video-video yang berjangka masa panjang. Maka dengan menggunakan perisian freeware ini, anda boleh menggabungkan kesemuanya menjadi satu fail yang senang untuk ditonton pada masa lain.
Jika ada sebarang kemusykilan sila bertanya, jangan malu dan ragu ;) All the best.

betul ke free?
BalasPadam