Untuk menukar fail video kepada fail audio mp3, ada banyak perisian yang boleh digunakan. Tetapi bagi yang mahukannya secara percuma dan mudah digunakan, saya rekomen anda menggunakan perisian Video Mp3 Extractor. Saya amat berpuas hati menggunakan freeware ini setakat ini dan saya harap begitu juga dengan anda yang ingin mencubanya.
Anda tidak perlu menjadi pakar atau pro untuk menggunakan perisian kecil molek ini. Konsepnya begitu mudah dan senang digunakan. Saiz installer nya pun hanya 941KB dan tidak memberi beban kepada PC anda. Untuk download fail installernya, sila klik di sini.
Kegunaan melakukan kerja penukaran ini adalah biasanya apabila kita mahu mengambil suatu audio dari sesebuah video. Contohnya jika kita mahu ambil lagu dari klip video untuk dimuatkan di dalam winamp ataupun dalam handphone dalam saiz yang lebih kecil. Dan juga ada kalanya kita perlu memetik suatu dialog suara dalam suatu rakaman filem dan sebagainya untuk dimasukkan dalam persembahan power point, flash dan seumpamanya.
Banyak fail video yang dapat disokong menggunakan perisian ini termasuklah fail avi, mp4, dat, mov, asf, mpg, mpeg, wma dan wmv.
Kepada sesiapa yang telah menggunakan perisian ini diharap sudi untuk memberikan komen di sini menceritakan pengalaman anda menggunakannya. Diharap akan menjadi manfaat bersama. Selamat mencuba dan all the best.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)