Berita Terkini

Apakah itu Supernova

Supernova 1987A yang terjadi di Awan Magellan Besar. Tanda panah di bahagian kanan menunjukkan bintang sebelum meledak

Supernova merujuk kepada beberapa jenis letupan bintang (stellar) yang menghasilkan jasad yang sangat cerah yang dihasilkan oleh plasma dan kemudiannya menurun ke tahap yang tidak boleh dilihat dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Terdapat dua laluan menuju ke penghujung hayat bintang.

Bintang gergasi mungkin akan berhenti menghasilkan tenaga pelakuran daripada penggabungan nukleus atom-atom di dalam teras bintang lalu menguncup ke dalam oleh daya gravitinya sendiri, ataupun bintang kerdil putih mungkin akan mengumpul bahan daripada bintang dedua sehingga mencapai had Chandrasekhar sehingga mengalami letusan termonuklear. Dalam kedua-dua kes, letupan supernova yang terhasil akan menyingkirkan seberapa banyak atau kesemua bahan bintang dengan daya yang amat kuat.

Letupan ini menjana gelombang letusan ke angkasa sekitarnya, menghasilkan tinggalan supernova. Salah satu contoh proses ini adalah tinggalan SN 1604.

Supernova menjana suhu yang amat tinggi, dan dalam keadaan yang sesuai, tindak balas pelakuran yang berlaku ketika masa-masa puncak boleh menghasilkan antara unsur yang terberat seperti plutonium dan californium.

"Nova" ialah perkataan Latin untuk "baru", merujuk kepada apa yang dapat dilihat sebagai kelipan bintang baru yang sangat cerah dalam sfera langit; imbuhan awalan "super" membezakannya daripada nova biasa, yang juga membabitkan bintang yang bertambah kecerahannya, walaupun pada tahap yang lebih rendah dan melalui mekanisme yang berbeza. Walau bagaimanpun, adalah tidak tepat sekiranya supernova dianggap sebagai bintang baru, kerana ia sebenarnya menggambarkan kematian bintang (atau sekurang-kurangnya perubahan radikal kepada sesuatu jasad yang lain).

Jenis-jenis Supernova

Berdasarkan pada garis spektrum pada supernova, maka didapati beberapa jenis supernova :

* Supernova Jenis Ia

Pada supernova ini, tidak ditemukan adanya garis spektrum Hidrogen saat pengamatan.

* Supernova Jenis Ib/c

Pada supernova ini, tidak ditemukan adanya garis spektrum Hidrogen ataupun Helium saat pengamatan.

* Supernova Jenis II

Pada supernova ini, ditemukan adanya garis spektrum Hidrogen saat pengamatan.

* Hipernova

Supernova Jenis ini melepaskan energi yang amat besar sewaktu meledak. Energi ini jauh lebih besar dibandingkan energi saat supernova Jenis yang lain terjadi.


Berdasarkan pada sumber energi supernova, maka didapati jenis supernova sebagai berikut.

* Supernova Termonuklear (Thermonuclear Supernovae)
o Berasal dari bintang yang memiliki massa kecil
o Berasal dari bintang yang telah berevolusi lanjut
o Bintang yang meledak merupakan anggota dari sistem bintang ganda.
o Ledakan menghancurkan bintang tanpa sisa
o Energi ledakan berasal dari pembakaran Karbon (C) dan Oksigen (O)

* Supernova Runtuh-inti (Core-collapse Supernovae)
o Berasal dari bintang yang memiliki massa besar
o Berasal dari bintang yang memiliki selubung bintang yang besar dan masih membakar Hidrogen di dalamnya.
o Bintang yang meledak merupakan bintang tunggal (seperti Supernova Jenis II), dan bintang ganda (seperti supernova Jenis Ib/c)
o Ledakan bintang menghasilkan objek mampat berupa bintang neutron ataupun lubang hitam (black hole).
o Energi ledakan berasal dari tekanan


Tahapan terjadinya Supernova

Suatu bintang yang telah habis masa hidupnya, biasanya akan melakukan supernova. Urutan kejadian terjadinya supernova adalah sebagai berikut.

* Pembengkakan

Bintang membengkak kerana mengirimkan inti Helium di dalamnya ke permukaan. Sehingga bintang akan menjadi sebuah bintang raksasa yang amat besar, dan berwarna merah. Di bahagian dalamnya, inti bintang akan semakin menyusut. Kerana penyusutan ini, maka bintang semakin panas dan padat.

* Inti Besi

Saat semua bahagian inti bintang telah hilang, dan yang tertinggal di dalam hanyalah unsur besi, maka kurang dari satu detik kemudian suatu bintang memasuki tahap akhir dari kehancurannya. Ini kerana struktur nuklear besi tidak memungkinkan atom-atom dalam bintang untuk melakukan reaksi fusi (fusion reaction) untuk menjadi elemen yang lebih berat.

* Peledakan

Pada tahap ini, suhu pada inti bintang semakin bertambah hingga mencapai 100 juta darjah celcius. Kemudian energi dari inti ini ditransfer menyelimuti bintang yang kemudian meledak dan menyebarkan gelombang kejut. Saat gelombang ini menerpa material pada lapisan luar bintang, maka material tersebut menjadi panas. Pada suhu tertentu, material ini berfusi dan menjadi elemen-elemen baru dan isotop-isotop radioaktif.

* Pelontaran

Gelombang kejut akan melontarkan material-material bintang ke ruang angkasa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.