Berita Terkini

Betul kah Cinta anda Cinta Sejati?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Cinta. Semua orang tahu tentang cinta, tetapi adakah semua memahaminya? Di kesempatan ini saya akan membicarakan tentang perkara yang berkaitan dengan cinta. Dan saya khususkan kepada cinta sesama manusia. Dan saya lebih khususkan lagi kepada cinta antara lelaki dan wanita. Kerana sudah menjadi lumrah, lelaki cintakan wanita dan begitu juga sebaliknya. Yang menjadi bukan lumrah ialah lelaki cintakan sesama lelaki, atau perempuan cintakan sesama perempuan, kerana seks. Itu bukan lumrah tetapi parah. 

Sayang sesama jantina tidak salah, kerana kita digalakkan sayang menyayangi antara saudara kita, tetapi yang salah ialah sayang/cinta yang melebih-lebih seakan cinta seorang lelaki terhadap wanita yang memerlukan kepada hidup berumahtangga dan hubungan kelamin.

Baiklah, kita abaikan dahulu tentang cinta sesama jantina kerana bukan itu yang saya mahu ceritakan di sini. Anda mesti selalu mengikuti perkembangan tentang pelbagai "cerita cinta" sesama manusia bukan? Anda dapat lihat sejarah cinta masing-masing berlainan sama sekali antara satu dengan yang lain. Ada yang mendapat cinta pandang pertama, ada yang dapat pandang ke seratus, ada yang bercinta kerana jatuh hati melalui chatting di internet, ada yang kerana diuruskan oleh kedua orang tua. Ada pula yang bercinta seikhlas hati, ada yang separuh ikhlas, ada yang kerana rupa, kerana harta, kerana pangkat, dan macam-macam kerana lagi.

Di dalam kategori manakah anda berada? Benarkah anda betul-betul ikhlas dalam mencintai pasangan anda? Sejauh mana keikhlasan anda itu? Mari kita cuba lihat kebarangkalian-kebarangkalian ujian yang mungkin berlaku dalam cinta. Bagaimana sekiranya;

- Anda mendapat kemalangan atau penyakit, yang menyebabkan hilang rupa paras anda yang dianggap cantik atau handsome oleh pasangan anda sebelum ini.

- Anda kehilangan harta benda, mungkin kerana dikhianati, kemalangan, kebankrupan dan sebagainya.

- Anda kehilangan jawatan / kedudukan / pangkat sebagai seorang yang berpangkat.

- Anda mendapat kemalangan dan terus mendapat kecacatan fizikal yang turut mengubah peribadi anda.

- Anda mendapat satu penyakit yang betul-betul kronik sehinggakan anda tidak mampu lagi untuk menjaga pasangan anda, malah diri anda sendiri pun tidak terjaga dengan baik. 

Maka di saat itu, adakah anda yakin orang yang anda cintai yang menyatakan cinta sepenuh hati terhadap anda juga akan berada di sisi anda dan terus menemani anda buat selama-lamanya?  Yakin kah anda dengan perangainya yang selama ini anda sendiri tahu macam mana, akan masih bersama anda, dengan keadaan anda yang serba kekurangan itu? Ingat, musibah atau ujian akan datang bila-bila masa. Bukan kita yang menentukan segala nasib kita di dunia ini tetapi Allah S.w.t. Apa yang berlaku ke atas kita sebentar lagi atau esok hari pun kita tak tahu. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, Allah yang menentukan segala.

Di situ lah nanti akan terserlah mana yang betul-betul ikhlas dalam mencintai diri anda, dan bukannya mencintai apa yang ada pada anda. Ingat, kedua-dua maksud itu amat berbeza sama sekali. Iaitu mencintai diri anda seadanya dengan mencintai apa yang ada pada anda. Tetapi biasanya kedua-dua keadaan ini tidak dapat dikesan ketika anda masih mempunyai "apa-apa" yang diinginkan oleh orang yang mencintai anda itu. Ianya akan mula dapat dikesan setelah anda kehilangan "apa-apa" yang diinginkan oleh orang tersebut. Dan inilah yang biasanya amat sukar untuk dikesan, lebih-lebih lagi oleh mereka yang sedang kemaruk bercinta. Apa yang dilihat pada pasangannya hanya yang indah-indah belaka.  Ketika berlaku perbalahan, pergaduhan, pertikaian kemudian hari, baru mungkin terserlah sifat sebenar masing-masing.

Justeru, kerana itu lah dalam Islam, perkara pertama yang perlu di lihat sebelum seseorang itu ingin berkahwin adalah AGAMAnya. Dan ramai lagi yang masih salah faham tentang konsep tersebut. Pemilihan dari segi AGAMA itu bukan bermakna seseorang itu apabila solat wajib dia tidak tinggal, dan apa-apa yang wajib dia tidak tinggal maka sudah memenuhi syarat. Tetapi kita kena ingat, AGAMA / Ad DIN itu adalah "cara hidup". Maka yang perlu dilihat adalah secara menyeluruh, bukannya hanya pada yang zahir dan biasa sahaja.

Oleh itu, saya akan senaraikan beberapa panduan yang mungkin penting untuk kita lihat dan kaji sebelum kita memilih calon untuk dijadikan suami atau isteri, iaitu;

- Pertama sekali mestilah dia itu betul-betul Islam dan sentiasa melaksanakan perkara-perkara yang wajib seperti solat wajib, puasa Ramadhan, Zakat, dan akan mengerjakan Haji jika dia telah mampu, serta kewajipan-kewajipan lain.

- Dia seorang yang mencintai Allah S.w.t dan Nabi Muhammad S.a.w lebih daripada manusia yang lain. Apabila anda sama-sama mencintai Allah dan rasul bersamanya, itulah satu kemanisan yang sebenar dalam bercinta.

- Dia seorang yang benar-benar beriman dengan rukun Iman yang enam. Kerana salah satunya adalah percaya kepada Hari Kiamat. Maka apabila dia yakin dengan adanya Hari Kiamat, di mana sebuah negeri yang kekal abadi, maka dia akan rela walaupun hidup dengan pelbagai ujian dengan pasangannya di dunia ini. Kerana dia tahu, hidup di dunia hanya sementara dan tidak kekal, sedangkan hidup di akhirat akan kekal. Dia juga tahu bahawa dosa akan dibalas di sana nanti jika tidak bertaubat, tidak dimaafkan oleh manusia yang dia zalimi atau tidak diampuni oleh Allah S.w.t.

Jika sekiranya dia telah berkahwin dengan pasangannya, dan redha bahawa itu adalah pasangan sejatinya, maka insyaAllah dia yakin bahawa mereka akan bersama juga di akhirat nanti, dalam keadaan masing-masing serba cantik dan handsome dan sentiasa muda dan sihat buat selama-lamanya.

- Dia seorang yang sentiasa mempelajari ilmu agama, sesuai dengan tuntutan agama agar menuntut ilmu terutamanya Ilmu Fardhu 'Ain. Dan dia mesti berminat apabila diajak berbicara tentang permasalahan agama, bukan yang mudah bosan dan fade-up apabila berbicara tentang agama Islam.

- Dia seorang yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi menepati ajaran Islam, sesuai dengan antara tujuan nabi Muhammad S.a.w di utuskan iaitu untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlaknya terhadap ibubapa, jiran tetangga, saudara mara, rakan taulan mesti diambil kira kerana di situlah terserlah peribadinya.

Tidak memadai jika dia hanya berbuat baik dan berbudi bahasa dengan anda sedangkan dengan orang lain dia suka cari pasal. Kerana di waktu bercinta semuanya akan berlagak dan berbuat baik. Sedangkan selepas kahwin nanti, setelah dia mula merasa bosan dengan anda dan sewaktu dengannya, barulah ketika itu layanannya terhadap anda mungkin akan menjadi sama dengan layanan terhadap orang lain yang tidak disenanginya.

Kerana itu amat penting memilih orang yang berakhlak mulia kerana ALLAH, kerana mentaati perintah dalam agama. Bukannya orang yang berakhlak mulia semata-mata kerana mahu mencari kesenangan dunia dan keperluan peribadinya semata (mereka yang berpura-pura dan riya').

- Dia seorang yang sabar dan sentiasa taat pada ajaran agama. Sabar di sini dalam banyak hal, lebih-lebih lagi sabar apabila ditimpa musibah atau ujian berat. Sememangnya dalam mengharungi masalah rumahtangga, sabar adalah antara perkara terpenting dan jika ianya kurang diambil cakna, maka dikhuatiri rumahtangga itu tidak akan bertahan lama.

Biasanya orang yang betul-betul faham dengan ajaran Islam, kesabarannya akan tinggi. Orang yang faham betapa orang mukmin itu akan sentiasa diuji akan sentiasa sabar dan redha dengan ujian yang menimpa. Bukannya semata-mata mengharapkan kesenangan dan keseronokan hidup duniawi yang menipu ini.

- Kemudian barulah anda lihat ciri-ciri tambahan padanya yang mungkin perlu di dunia moden ini seperti adanya pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarga, adanya tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya.

Kesimpulannya, jika anda mahu bercinta dengan lelaki atau wanita idaman anda, maka berpada-pada lah yakni bersederhanalah. Jangan terlalu melebih-lebih sangat seperti yang diajar oleh Romeo dan Juliet, sehingga sanggup membelakangkan Tuhan, melebihkan makhluk dari Tuhan, na'uzubillah. Cinta anda terhadap pasangan anda, suatu hari nanti mungkin anda atau dia terlebih dahulu meninggalkan anda. Perpisahan walaupun sementara pasti akan berlaku. Tetapi cinta kita terhadap Allah S.w.t tidak akan berpisah, kerana Allah sentiasa wujud bila-bila masa dan selamanya.

Dan yang terbaiknya adalah, cintailah pasangan anda kerana Allah. Semoga masing-masing akan sama-sama menyintai Allah, sama-sama bermatlamat yang satu, iman yang satu, dan dapat bersatu selamanya di bawah rahmat dan berkat dari Allah, insyaAllah. Baarokallahu lii wa lakum. Wallahu a'lam ....... :-)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.