Berita Terkini

Menjawab beberapa tuduhan terhadap Al-Qur'an

tulisan nama Allah di atas AlQuran
Assalaaamu’alaikum w.b.t…..  Di sini saya akan cuba untuk menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh sesuatu pihak terhadap Al-Qur'an yang mulia. Saya kutip tuduhan-tuduhan ini dari laman web  http://www.indonesia.faithfreedom.org.  Walaupun tuduhan-tuduhan itu sudah hampir 2 tahun berlaku, tetapi saya sekadar mahu memberi penjelasan yang lebih lagi kepada non-muslim akan kebenaran Al-Qur'an dan kebathilan mereka-mereka yang menuduh terhadap isi Al-Qur'an itu.

Dan saya harap anda dapat membacanya dengan hati yang lapang dan menggunakan akal yang sihat. Mari kita berbincang secara ilmiah. Saya akan menyenaraikan satu persatu tuduhan-tuduhan yang disampaikan dan berserta dengan jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan itu  :)


Tuduhan : Salah hitung dalam penciptaan langit dan bumi

1a) BERAPA HARI UTK MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI ?

[7.54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,

[10.3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa

Lihat juga Quran 11:7.

Jadi menurut ayat2 diatas, Allah menciptakan bumi dan langit dalam 6 masa/hari. Tapi kemudian lihatlah dibawah ini !

[41.9] Katakanlah: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa

[41.10] Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni) nya dalam empat masa.

[41.12] Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa …

Nah sekarang, hitunglah sendiri : 2 (bagi bumi) + 4(kadar2 makanan) + 2 (bagi langi) = DELAPAN hari; dan BUKAN ENAM !!!


Jawapan :

SIla perhati baik-baik kembali pada ayat-ayat tersebut. 2 ayat pertama itu mengatakan penciptaan langit dan bumi, bermakna kesemuanya adalah 6 hari. Sedangkan lihat pada ayat ini yang kemudiannya

[41.10] Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni) nya dalam empat masa.

Ayat ini bukan hanya menerangkan tentang penciptaan Bumi sahaja, tetapi termasuk juga memberkahinya dan menentukan padanya kadar makanan-makanan penghuninya. Ia merupakan gabungan antara masa penciptaan Bumi selama 2 hari dan kemudian diberkatiNya bumi itu dan ditentukan padanya kadar makanan-makanan, yang mana mengikut ahli-ahli tafsir termasuklah pembentukan lautan, gunung, binatang, tumbuhan dan sebagainya.

Maka benarlah apa yang diterangkan dalam AlQuran iaitu, penciptaan Bumi SAHAJA selama 2 hari, evolusi pembentukan di atas muka bumi selama 4 hari (TERMASUK penciptaan Bumi), dan penciptaan langit selama 2 hari.

Maka proses penciptaan Bumi dan pembentukan di atas bumi selama 4 hari + penciptaan langit selama 2 hari = kesemuanya adalah 6 hari.

Adalah jelas di situ penuduh tidak membaca ayat-ayat tersebut dengan teliti.

—————————-


Tuduhan : HARI2 ALLAH : 1000 atau 50.000 tahun ?

[22.47] Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

[70.4] Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.

Jawapan :

Cuba perhatikan ayat yang kedua itu baik-baik, adakah ada  di situ menyebut SEHARI di sisi Tuhan? Sedangkan ayat kedua itu menerangkan perihal lama mana malaikat-malaikat itu naik mengadap Tuhan, bukannya memberitahu tentang sehari di sisi Tuhan seperti ayat yang pertama di atas. Maka di mana percanggahannya? Tiada pun.

Dan sebagaimana kita tahu, ianya kemungkinan sehari di sisi malaikat-malaikat itu atau sehari di sisi kita. Dan adalah sehari di sisi Allah S.w.t tidak sama dengan sehari di sisi kita.

Dalam kitab Tafsir Ibnu katsir ada menyebut, "Ibnu Abi Hatim menceritakan dari Ibnu Abbas; "... dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun," dia mengatakan, "Iaitu Hari Kiamat." Sanadnya shahih." [Tafsir Ibnu Katsir - Surah al-Ma'arij, ayat 4]

—————————-


Tuduhan:  Siapa yg duluan ? Menurut ayat2 dibawah ini, Allah mengatakan : Bumi terlebih dahulu, tapi juga mengatakan : Langit terlebih dahulu ! 

Q 29.2 Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit.

Lihat juga Q 79: 27 – 30 !

Jadi benarkah menurut Quran, Bumi diciptakan sebelum alam semesta ? Itukah yg dibuktikan sains modern ? Apa pula yg dimaksud dgn ketujuh lapisan langit itu ? Menurut sains modern, tidak ada Atap diatas bumi kita. Hanya alam semesta tanpa batasan.

Jawapan :

Penuduh mengatakan ayat itu mengatakan Bumi yang diciptakan terlebih dahulu, sedangkan tiada pun diterangkan yang mana diciptakan terlebih dahulu dengan jelas. Hanya Bumi disebut terlebih dahulu tetapi tidak dinyatakan dengan sejelasnya bahawa ia lah yang diciptakan terlebih dahulu. Tiada langsung disebutkan yang ini diciptakan dahulu, kemudian yang itu, kemudian yang itu, tiada! Maka tuduhan ini adalah andaian penuduh semata. Walaupun ada ahli meteorologi yang membenarkan tentang kejadian bumi ini terlebih dahulu, tetapi perkara ini sains sendiri pun tidak dapat memastikannya. Mana mungkin sains mengetahui mana yang dijadikan terlebih dahulu, kerana semua itu hanya dalam ilmu Allah.

Tentang atap di atas Bumi itu , para pengkaji telah mengatakan bahawa ianya adalah sesuai dengan lapisan Ozon apa bila bercakap tentang sains moden. Lapisan Ozon bertindak sebagai lapisan pelindung, sama ada melindungi Bumi dari sinar UV matahari, dari tahi bintang, dan dari apa saja objek luaran Bumi. Maka sesuai lah disebut sebagai atap, dan itu menunjukkan bahawa AlQuran telah menyebut tentang lapisan Ozon sejak 1400 tahun yang lalu yang mana sainis moden hanya menemui tentangnya kebelakangan ini.  MasyaAllah :)


—————————–


Tuduhan : Matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam

Jawapan :

Penuduh ini semuanya nak dikaitkan dengan sains, macam lah AlQuran itu adalah kitab sains. Saya mahu memberi peringatan kepadanya, AlQuran itu bukan lah semata-mata kitab sains, tetapi banyak fakta-fakta saintifik yang dijelaskan di dalam AlQuran bertepatan dengan sains moden yang baru ditemui kebelakangan ini.  Perkara seperti ini kalau tidak boleh difikirkan maka kasihanlah. Cuba kita tengok dalam Bible lagi banyak fakta yang amat bercanggah dengan sains. InsyaAllah saya akan usulkan perkara ini akan datang.

Pertuduhan di atas sebenarnya diambil dari ayat ini yang bermaksud , “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya. Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu maka dia pun menempuh suatu jalan, Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: “Hai Dzulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka.” Surah Al-Kahfi : Ayat 83-86

Allah mengatakan bahawa Dzulqarnain itu yang melihat seumpama tersebut, bukannya Allah memberitahu keadaan matahari seperti itu. Ini hanya apa yang dilihat oleh Dzulqarnain itu sendiri dan ianya mungkin secara analogi sahaja. Mari kita lihat apa kata Ibnu Katsir di bawah;

"Hingga apabila dia (Dzulqarnain) telah sampai ke tempat terbit matahari" bererti dia mengikuti arah yang benar hingga dia mencapai daerah terjauh, dia mungkin memulai perjalanan dari barat. Kerana mencapai terbitnya matahari di langit adalah mustahil. Apa yang di katakan para periwayat dan pencerita mengenai dia berjalan dalam suatu masa di muka bumi disaat matahari terbenam di belakangnya adalah dusta, dan sebahagian cerita-cerita ini adalah mitos para Ahli Kitab dan penemuan-penemuan kebohongan mereka.

"Dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam" bererti dia melihat matahari menurut pandangannya terbenam ke dalam laut dan hal ini pun terjadi pada semua orang yang berada di pantai yang melihat seolah-olah matahari terbenam ke dalamnya (ke dalam laut). [Ibn Katsir, Tafsir-ul-Qur’ân Al-’Azim, Volume 5, halaman 120. Diterbitkan oleh Maktabat-ul-Iman, Mansoura, Mesir]

Dan jika anda sendiri pergi melihat waktu matahari terbenam di waktu petang pun, anda akan melihat lautan yang berada di garisan tidak lagi berwarna biru, malah kekuning-kuningan dan hitam seakan-akan itu bukan air laut. Maka secara analoginya jika dikatakan sebagai lumpur hitam pun adalah munasabah. Ini dinyatakan dari sudut kesenian, bukannya sains,  jangan anda salah faham.



——————————-

Tuduhan : Bumi tempat peristirehatan Matahari !?

[36.38] dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

[36.39] Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua.

[36.40] Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.

Allah memang saintis hebat. Dimana letak matahari dan bulan ?

Bgm mereka dapat saling mendahului ? Apakah mereka bertetangga ?

‘Allah’ dulu melihat dari bumi bahwa matahari dan bulan bergerak dari timur ke barat, dlm langit yg sama, tanpa bertabrakan. Allah tidak tahu bahwa fenomena ini diakibatkan karena rotasi bumi dan BUKAN rotasi matahari. Bagi bumi, matahari tidak bergerak2, karena bumi berada pada peredaran/gravitas matahari, spt kami (manusia) berada dlm peredaran/gravitas bumi. Allah tidak pernah mengatakan dlm Qurannya bahwa BUMI BERPUTAR PADA SUMBUNYA (ROTASI). Mungkin Allah tidak dapat merasakan rotasi bumi.

Jawapan :

Pertuduhan di atas telah lama terjawab oleh sains sendiri bahawa matahari turut beredar pada paksinya di dalam galaksi Bima Sakti ini. Maka ia sekali lagi membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah sebuah kitab yang agung, kerana penemuan baru dalam ilmu astronomi yang baru dapat disahkan, telah lama diberitahu dalam Al-Qur'an iaitu 1400 tahun lebih yang lalu.  Ini menunjukkan Nabi Muhammad S.a.w bukan berkata mengikut apa yang difikirkannya, tetapi mengikut WAHYU yang diturunkan kepadanya dari Tuhan semesta alam iaitu Allah S.W.T.  Bagaimana mungkin seorang nabi yang asalnya ‘ummi’ iaitu tidak dapat membaca dan menulis, dan berada di tengah-tengah padang pasir dapat memperkatakan hal yang sedemikian? Apa lagi untuknya mencedok dari buku atau ajaran lain.  Wallahu a’lam

Sekadar ini dahulu jawapan-jawapan bagi pertuduhan terhadap Al-Qur'an yang Mulia.  Kerana sudah ternyata, tuduhan-tuduhan terhadap Al-Qur'an semuanya tidak berasas dan hanya sekadar mahu melarikan diri dari pertuduhan terhadap Bible. Kerana sudah sedia maklum teramat banyak percanggahan yang telah ditemui dalam Bible dan dibongkarkan, maka mereka tidak lain mencari jalan juga untuk membongkar apa-apa yang mereka ragukan dalam Al-Qur'an, sedangkan pembongkaran mereka benar-benar tidak berasas sama ada dari segi ilmiah mahupun logik akal.

"Dan mereka (orang-orang kafir ) membuat tipu daya (merancang), maka Allah pun membalas tipu daya (merancang), dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancang)." [Surah Aali Imraan : Ayat 54]


p/s: 13 Mei 2015 - Repost dari blog Hikmatun dengan sedikit pembetulan dan penambahan. Kerana saya sudah tidak dapat login lagi ke blog Hikmatun. Sepertinya wordpress sudah BAN saya. Wallahu a'lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.