Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Terlebih dahulu saya memohon maaf andai tulisan saya ini agak mencabar keperibadian sesiapa. Tetapi saya digerakkan untuk menulis tentang wujudnya golongan yang begitu angkuh mendabik dada, kononnya mereka adalah golongan yang mengikut jejak salafus soleh, tetapi akhlaq mereka tidak mencerminkan mereka itu mengikut salafus soleh pun, malah bersikap kasar dan tidak beradab. Ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri bersama beberapa orang dari mereka. Saya tidak mahu menyebut nama mereka kerana saya tidak suka mengaibkan orang secara peribadi secara tidak bertempat insyaAllah.
Dalam hadits ada menyebut, Dari ‘Auf bin Malik: "Akan berpecah Yahudi kepada 71 firqah, satu firqah ke syurga dan 70 ke neraka. Akan berpecah Nasrani kepada 72 firqah, 71 firqah ke neraka dan satu ke syurga. Demi diri Muhammad yang berada di tanganNya, pasti akan berpecah ummatku kepada 73 firqah hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka." Ditanyakan: Siapa mereka wahai Rasulullah? Baginda bersabda: "Al-Jamaah."
Banyak pendapat ulama berkenaan firqah tersebut, tetapi yang pastinya pendapat ulama yang saya pegang maksudnya ialah MANHAJ masing-masing termasuklah dari segi pegangan aqidahnya. Tetapi mereka yang suka menuduh orang lain sesat itu meletakkan parti politik seperti PAS juga seperti puak Khawarij atau Bughah, yang mana puak khawarij itu sudah nyata menyeleweng aqidahnya kerana menentang dengan "senjata" terhadap Sayyidina Ali r.a iaitu sahabat nabi yang dijamin syurga dan pemimpin sebuah kerajaan yang menegakkan Undang-undang Islam. Begitu juga dengan Bughah, mereka keluar menentang kerajaan yang adil dengan membawa "senjata". Sanggup mereka melabelkan PAS sebagai puak Khawarij atau Bughah, astaghfirullah.
Mari kita telusuri secara ringkas tentang sejarah munculnya puak Khawarij. Imam Ibnul Jauzi berkata dalam kitabnya Talbis Iblis. "Khawarij yang pertama dan yang paling buruk adalah Zul Khuwaishirah. Abu Said Al-Khudri r.a berkata: "Ali r.a pernah mengirim dari Yaman kepada Rasulullah S.a.w sepotong emas dalam kantung kulit yang telah disama' dengan emas itu belum dibersihkan dari kotorannya. Maka Nabi S.a.w membahagi-bahaginya kepada empat orang, Zaid Al-Khalil, Al-Aqra’ bin Habis, Uyainah bin Hish dan Alqamah Watsah atau Amir bin Ath-Thufail. Maka sebahagian para sahabatnya, kaum Ansar serta selain mereka merasa kurang senang. Maka Nabi S.a.w bersabda;
"Apakah kalian tidak percaya kepadaku, padahal wahyu turun kepadaku dari langit diwaktu pagi dan petang?"
Kemudian datanglah seorang lelaki yang cekung kedua matanya, menonjol bahagian atas kedua pipinya, menonjol dahinya, lebat janggutnya, tergulung sarungnya dan botak kepalanya. Orang itu berkata. "Takutlah kepada Allah wahai Rasulullah!" Maka Nabi S.a.w mengangkat kepalanya dan melihat orang itu, kemudian baginda berkata, "Celaka engkau, bukankah aku manusia yang paling takut kepada Allah?" Kemudian orang itu pergi. Maka Khalid Al-Walid berkata, "Wahai Rasulullah, bolehkan aku penggal sahaja lehernya?" Nabi berkata; "Mungkin dia masih shalat." Khalid berkata, "Berapa ramai orang yang shalat dan berucap dengan lisannya (syahadat) ternyata amalannya bertentangan dengan isi hatinya?" Nabi S.a.w berkata; "Aku tidak disuruh untuk meneliti isi hati manusia dan membelah dada mereka." Kemudian Nabi melihat kepada orang itu dalam keadaan berdiri kerana takut sambil berkata;
"Sesungguhnya akan keluar dari orang ini satu kaum yang mereka membaca Al-Quran yang tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka lepas dari agama seperti lepasnya anak panah dari busurnya." [HR Bukhari, no. 4351 dan Muslim no. 1064]
Dalam riwayat lain bahawa orang ini berkata kepada Rasulullah S.a.w, "Berbuat adillah!" Maka Nabi S.a.w berkata, "Celaka engkau, siapakah lagi yang dapat berbuat adil kalau aku tidak adil?" [HR Bukhari, no. 3610 dan Muslim 1064]
Imam Ibnul Jauzi berkata, "Orang itu dikenali dengan nama Zul Khuwaishirah At-Tamimi. Dia adalah orang Khawarij yang pertama dalam Islam. Penyebab kebinasaannya adalah kerana dia merasa puas dengan pendapatnya sendiri. Kalau dia berilmu, tentu dia akan tahu bahawa tidak ada pendapat yang lebih tinggi dari pendapatnya Rasulullah S.a.w.
Para pengikut orang ini termasuk orang-orang yang memerangi Ali bin Abi Thalib. Itu terjadi ketika peperangan antara Ali r.a dengan Muawiyah r.a telah berlarutan. Pasukan Muawiyah mengangkat mushaf-mushaf (al-Quran) dan memanggil pasukan Ali r.a bertahkim (mengadakan perundingan). Maka mereka berkata; "Kalian memilih satu orang dan kami juga memilih satu orang. Kemudian kita minta keduanya untuk memutuskan perkara perdasarkan Kitabullah." Maka manusia (yang terlibat dalam peperangan itu) berkata. "Kami setuju." Maka pasukan Muawiyah r.a mengirim 'Amr bin Al-'Ash. Dan Pasukan Ali r.a berkata kepadanya; "Kirimkanlah Abu Musa Al-Asy'ari." Ali r.a berkata, "Aku tidak setuju kalau Abu Musa. Ini Ibnu Abbas, dia sahajalah." Mereka berkata. "Kami tidak mahu dengan orang yang masih ada hubungan kekeluargaan denganmu." Maka akhirnya dia mengirim Abu Musa dan keputusan dilanjutkan sampai bulan Ramadhan.
Maka Urwah bin Uzainah berkata. "Kalian telah berhukum kepada manusia pada perintah Allah. Tidak ada hukum kecuali milik Allah." Ali r.a kemudian pulang dari Siffin dan masuk ke Kufah, tetapi orang-orang Khawarij tidak mahu masuk bersamanya, mereka pergi ke suatu tempat yang bernama Harura sebanyak dua belas ribu orang kemudian berdemonstrasi di situ, Mereka meneriakkan slogan "Tidak ada Hukum kecuali Hukum Allah."
Itulah awal munculnya Khawarij. Dan mereka mendendang dan mengangkat Syabats bin Rabi At-Tamimi sebagai komandan perang dan imam shalat adalah Abdullah bin Al-Kawwa Al-Yasykuri.
Khawarij adalah orang yang sangat kuat ibadahnya, tetapi mereka meyakini bahawa mereka lebih berilmu dari Ali bin Abi Thalib r.a.

Berbalik pula kita kepada isu dalam negara kita sekarang. Adakah sama orang yang menasihati orang lain dengan orang yang memarahi orang? Adakah sama orang yang memarahi orang dengan orang yang mengangkat senjata untuk membunuh orang? Adakah sama marah dengan membunuh? Tak kan itu kita tak boleh nak fikir?
Bukan sahaja PAS, Hizbut Tahrir dan Jemaah Tabligh pun dituduh sebagai jemaah sesat, semata-mata kerana ada perkara yang tidak betul dalam jemaah tadi yang didakwa mereka sebagai bid’ah. Saya sendiri pun gerun untuk menyatakan bahawa Jemaah Tabligh itu sebagai sesat, kerana tujuan mereka untuk mengajak orang kepada Allah dan mengamalkan sunnah Nabi S.a.w. Memang kita tidak nafikan ada juga kesalahan-kesalahan teknikal dan cabang serta kelemahan-kelemahan dalam jemaah tersebut. Tetapi adalah sangat tidak wajar untuk terus menghukum mereka itu sebagai sesat, na’uzubillah.
Saya cukup hairan dengan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai Salafiyyun, mereka ini hidup dari zaman nabi dulu dah ke? Pada hal mereka ini tetap generasi selepas tabi' tabi'en seperti kita semua sekarang. Cuma manhaj untuk berpegang kepada manhaj salafus soleh itu betul lah. Memang sebaiknya Ulama Salaf yang kita contohi dan ikuti kerana mereka lebih dekat dengan zaman Nabi S.a.w dan lebih faham dengan agama. Cuma jangan sampai terlalu mudah untuk kita mengkafirkan dan menuduh jemaah lain sesat, kerana PAS sebagai contoh, bukan satu manhaj tetapi satu badan / organisasi / parti politik yang ingin memperjuangkan Islam. Sama seperti jika dikatakan Islam, bukan semua orang Islam itu adalah ahlus sunnah wal jama'ah. Jika seorang Muslim melakukan jenayah, adakah agama Islam yang patut dipersalahkan? Begitu juga dengan PAS, jangan kerana kesilapan segelintir maka dihukum sesat kesemua ahli dan pengikutnya. Perhatikan lah terlebih dahulu buah perjuangan masing-masing.
Kita mesti faham apa itu firqah sesat atau dengan kata lain manhaj yang sesat. Suatu manhaj yang sudah nyata bercanggah dengan aqidah ahlus sunnah wal jama’ah ditambah lagi dengan diakui mereka sendiri, barulah golongan yang menggelarkan diri mereka salafiyyun tadi itu relevan untuk menyatakan sebagai sesat. Tetapi yang dituduh sesat oleh sebahagian mereka yang mengaku salafiyyun ini adalah terhadap golongan yang nyata mengaku dan beramal mengikut ahlus sunnah wal jama’ah. Memang lah tiada orang yang sempurna untuk mengikuti 100% jejak nabi dan sahabat, tetapi wahai salafiyyun yang mudah-mudah mengatakan orang lain sesat, adakah anda sudah 100% mencontohi nabi dan sahabat? Kerana saya telah menemui beberapa orang dari anda yang nyata tidak beradab, agak kurang sabar dan celupar. Adakah itu yang diajar oleh Salafus Soleh?
Wujudnya golongan-golongan kecil yang menuduh orang lain sesat ini adalah merupakan suatu virus yang merbahaya sebenarnya. Mereka tidak mahu nasihat dengan baik, atau ajak berbincang sebelum menuduh, tetapi terus melabelkan orang lain sesat. Dan ada juga yang jenis membaca buku ntah dari mana (mungkin buku yang sudah diubah atau ditokok-tambah). Sedarlah bahawa "yadullah 'alal jama'ah", bersatulah kita sebagai umat Islam, sama-sama bantu untuk menguatkan agama kita dan janganlah memecah belahkan sesama kita.
Hadits-hadits di bawah adalah sebagai peringatan kepada kita agar tidak sewenang-wenangnya menuduh orang lain sesat dan kafir.
Rasulullah S.a.w bersabda mafhumnya, "Nanti akan ada orang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yang berkata itulah yang paling rosak." [HR Muslim]
"Sesiapa yang memanggil orang lain dengan 'kafir' atau 'musuh Allah' sedangkan dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya". [HR al-Bukhari dan Muslim]
Antara kaedah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah S.a.w ialah, dengan mempunyai belas-kasihan kepada orang yang diajar, dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
"Sesungguhnya aku ini bagimu adalah seumpama seorang ayah bagi anaknya." [HR Abu Daud, an-Nasai'e, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban, dari Abu Hurairah]
Kata Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin jilid 1 tentang hadits di atas, "Dengan maksudnya, melepaskan murid-muridnya dari api neraka akhirat. Dan itu adalah lebih penting dari usaha kedua ibu-bapa, melepaskan anaknya dari neraka dunia."
Jika kita anggap orang yang kita dakwah atau ajar seperti anak kita sendiri, sudah tentu kita ada perasaan sayang kepadanya dan mahu mengajaknya keluar dari jalan yang salah. Bukannya dengan benci membuta-tuli dan langsung tidak peduli dengan perasaan dan maruahnya.
Antara kaedah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah S.a.w ialah, dengan mempunyai belas-kasihan kepada orang yang diajar, dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
إِنَّمَا أَنَا لَكُمْ مِثْلُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ
Kata Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin jilid 1 tentang hadits di atas, "Dengan maksudnya, melepaskan murid-muridnya dari api neraka akhirat. Dan itu adalah lebih penting dari usaha kedua ibu-bapa, melepaskan anaknya dari neraka dunia."
Jika kita anggap orang yang kita dakwah atau ajar seperti anak kita sendiri, sudah tentu kita ada perasaan sayang kepadanya dan mahu mengajaknya keluar dari jalan yang salah. Bukannya dengan benci membuta-tuli dan langsung tidak peduli dengan perasaan dan maruahnya.
Wallahu a'lam ....... :-)