Berita Terkini

Kisah Rasulullah menjadi Imam Solat kepada Jin


Ibnu As-Shairafi menyebutkan dalam An-Nawaadir, tentang solat jamaah dengan jin, yang ditakhrij oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu'aim, dari Ibnu Mas'ud dia berkata, "Ketika kami dan beberapa orang sahabat bersama Nabi S.a.w di Makkah, beliau bersabda, 

"Hendaklah berdiri seorang di antara kalian bersamaku. Dan jangan berdiri jika di dalam hatinya ada kecurangan, walaupun sebesar zarah." Maka aku pun berdiri dan pergi bersama beliau. Aku mengambil bekas air dan ku fikir di dalamnya masih ada air. Kami pergi hingga sampai ke suatu kawasan yang tinggi di Makkah.

Di sana aku melihat asap yang berkepul. Rasulullah S.a.w membuat garisan di sekelilingku, seraya bersabda, "Berdiri sahaja di tempat ini sehingga aku kembali ke sini." Maka aku hanya berdiri di tempat tersebut dan beliau menghampiri kumpulan asap hitam. Ku lihat mereka (jin) bangkit menghampiri beliau. Maka Rasulullah S.a.w terus bersama mereka hingga beliau mendatangi ku ketika waktu fajar. Beliau bertanya, "Adakah engkau masih dalam keadaan berwudhu'?"

Beliau mengambil wudhu' lalu berdiri untuk mendirikan solat. Ku lihat ada dua orang di antara mereka yang berkata, "Wahai Rasulullah, kami ingin engkau mengimami kami." Maka kami membuat shaf di belakang beliau dan beliau menjadi imam kami. Kemudian mereka berlalu pergi.

Aku bertanya kepada beliau, "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"

Beliau menjawab, "Mereka adalah jin dari Nashibain. Mereka datang untuk mengadukan masalah di antara mereka, dan mereka juga meminta bekal kepadaku. Maka aku pun memberikan bekal kepada mereka."

"Apa bekal mereka?" Tanya ku.

"Sisa. Mereka tidak menemui kotoran haiwan yang sudah kering melainkan mereka mendapatinya sebagai buah tamar (kurma), dan mereka tidak menemui tulang melainkan mereka mendapatinya sebagai pakaian." Oleh kerana itu lah Nabi S.a.w melarang untuk beristinjak menggunakan kotoran haiwan dan tulang.

[ Luqatul Marjaan fii ahkaamil Jaan, m/s 68 - Imam As-Suyuthi ]

  
Kisah Rasulullah menjadi Imam Solat kepada Jin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (63) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (85) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (336) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.